Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

28 Dec 2012

Berita baik untuk penjawat awam status kontrak


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Penjawat awam kontrak dapat sambung lagi utk 6 bulan , lega rasanya , tq kepada PM  kerana bagi peluang kepada penjawat awam untuk berkerja lagi dgn kerajaan ,sian mereka yang ada tanggungan tu ,  menurut Kosmo hari ini ...
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengumumkan kontrak seramai 45,000 kakitangan awam yang berstatus perkhidmatan kontrak akan disambung enam bulan lagi.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kontrak mereka akan diperbaharui mulai 1 Januari hadapan sehingga hujung bulan Jun nanti.
"Kita ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas kebenaran ini, kesemua mereka akan mendapat surat penyambungan kontrak tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Kongres di sini semalam.
Beliau mendapat keputusan itu dalam minggu ini dan pengumuman itu akan memberi harapan baharu kepada 45,000 kakitangan kerajaan yang bimbang dengan masa depan mereka ekoran kontrak bakal ditamatkan pada hujung tahun ini.
Omar juga meminta jasa baik kerajaan untuk membenarkan kakitangan kerajaan yang mempunyai rekod baik mengambil cuti tanpa rekod selama 10 hari.
Katanya, selain itu, cuti tanpa rekod juga perlu diberi kepada ibu-ibu yang terpaksa menjaga anak yang sakit.
"Setahun ada (cuti) 25 hari, kalau anak kena kuarantin 10 hari, kaum ibu kena ambil cuti 10 hari dan tinggal 15 hari sahaja, kalau tidak cukup cuti, kena ambil cuti tanpa gaji," katanya.



Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

4 comments:

AtieYusof said...

ermm...beruntung lah org2 gomen ni...yg swasta ni plak apa cerita?? huhu

cydayf said...

no komen, kte dtg baca :D

Mia Liana said...

heheheh.. mia dah lama tetap.. ;) lega. dulu masa kontrak, memang pening..

zack mus said...

camna lah perasaan staff kontrak tu kesian

Post a Comment