Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

24 Dec 2012

Sian ... 4 beranak rentung , kereta tembung bas


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Sian .....4 beranak rentung ,kereta  bertembung bas ekspress , ketentuanNya tu , tak leh nak wat camna. Khabar angin , tayar meletup , hilang kawalan , kereta yang rempuh bas , kerap betul eksiden berlaku di Jalan Trengganu - Kuantan ni .

“Sangat menyayat hati melihat keadaan semua mangsa yang rentung, termasuk hancur seluruh badan, malah ada sebahagian cebisan daging yang terbakar melekat dalam kereta,” kata saksi kejadian empat beranak terkorban dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta bertembung sebuah bas ekspres di Kilometer 126.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhadapan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik, awal pagi semalam.

Wan Mohd Faiz Wan Ahmad, 27, yang dalam perjalanan ke Kemaman berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, dia bersama rakannya cuba menyelamatkan mangsa, namun tidak berupaya memandangkan api marak membakar kedua-dua kenderaan.

“Saya menghubungi bomba, tetapi tidak berani mendekati tempat kejadian kerana bimbang kedua-dua kenderaan itu meletup,” katanya menganggap kemalangan itu paling ngeri yang pernah dilihatnya.

Dia yang ditemui di tempat kejadian berkata, selepas kebakaran dipadamkan keseluruhannya oleh anggota bomba, dia terkejut dan sedih apabila dimaklumkan empat beranak rentung dalam kenderaan itu.

Penumpang bas ekspres itu, Wan Mohd Al-Hakim Wan Yusoff, 27, berkata, dia sempat mendengar seorang penumpang dalam kereta yang terbakar itu menjerit meminta tolong sebelum mengetahui empat beranak rentung di dalamnya.


Jalan ni nak kena letak AES ni , baru berkurang eksiden kot ?
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

6 comments:

Kakzakie said...

Kesiannya... bagaimanalah perasaan keluarga mereka melihat tragedi yg menyayat hati ini..

abg cik said...

mmg rasa sangat sedih , ada hikmah disebalik , mungkin juga balasan Allah , mungkin juga sebab lain , Allah maha mengetahui , cuma kita perlu berdoa , moga roh mereka dicucuri rahmat , dan minta simpang kita dari jadi macam tu ...

hainom OKje said...

Hish...takutnya....jauhkan kita dari perkara cam tu

HafRizah@Dátiles.Dulces said...

innalillah... sayunya.. saya baru lalu jalan itu malam tadi.. balik dari muvie kat mesra mall kul 12 camtu...huhuhu...

HafRizah@Dátiles.Dulces said...

Ya Allah selamatkanlah perjalanan kami pula.... mintak dijauhkan dr kemalngan dan musibah..amin

abg cik said...

amin , insyaAllah selamat

Post a Comment