Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

3 Dec 2012

Jalan kaki pun tak selamat , nenek dan cucu dirempuh kereta..


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !




Jalan kaki di tepi jalan pun tak selamat . Nenek dan cucu jadi mangsa .....


Seorang nenek dan cucu lelakinya maut akibat dirempuh kereta yang terbabas di Batu 13 3/4 Kampung Kobah dekat sini pagi Ahad.

Nenek tersebut Munah Ismail, 64, serta cucunya itu Syahrul Fitri Shahrul Anuar, 5, serta seorang lagi cucu perempuannya Nurul Fitrah dikatakan sedang berjalan ke sebuah warung yang terletak kira-kira 300 meter dari rumah mereka untuk bersarapan pagi kira-kira 8.00 pagi.

Ketiga-tiga mereka yang berpimpinan tangan dirempuh sebuah kereta Proton Wira Aeroback yang dipandu seorang remaja berumur 17 tahun yang datang dari arah Kota Sarang Semut menuju ke sini, kata Pemangku Ketua Polis Daerah Pendang, ASP L. Pubadi.

Munah yang tercampak kira-kira 10 meter serta cedera parah di kepala meninggal di tempat kejadian manakala Syahrul Fitri yang juga cedera di kepala dan badan meninggal di Klinik Kesihatan Kota Sarang Semut ketika menerima rawatan.

Sementara Nurul Fitrah hanya cedera ringan di kepala mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar sebelum dibenar pulang.

Pubadi berkata seorang penunggang motosikal Mohd Jailani Abd Rahman, 43, dari Kampung Alor Besar, Bukit Raya dekat sini patah kaki kiri setelah dirempuh kereta yang sama.

Turut dirempuh ialah 10 buah motosikal lain yng diparkir berhampiran warung itu.

Beliau berkata pemandu kereta itu dikatakan cuba mengelak objek di tengah jalan sebelum hilang kawalan dan merempuh ketiga-tiga mangsa serta penunggang motosikal tersebut.

Katanya pemandu kereta berkenaan bersama teman wanitanya yang juga berusia 17 tahun turut mengheret sebuah lagi motosikal sebelum terbabas ke tepi jalan di arah bertentangan.

Hmmm, nak kata pejalan kaki selamat ? Tak selamat juga , kena berhati-hati juga , kena tengok kiri kanan depan belakang sewaktu berjalan . Kalau dengar bunyi pelik sikit tu jaga-jagalah . Memang lah ajal Allah tentukan , paling kurang pun kita dah berusaha untuk elakkan kemalangan tu . Yang kesian budak kecik tu .....

wira aeroback gambar hiasan


Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment