Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

20 Dec 2012

Abby Abadi bantu kempen ....


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Nampaknya makin ramai artis yang berhijrah , berhijab , dan join parti politik , membantu kempen pilihanraya , berjihad lah katakan .......


Di Kangar , bekas pelakon popular drama bersiri Gerak Khas, Abby Abadi berjanji akan membantu calon Pas berkempen dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Saya sanggup turun bersama Muslimat Pas sebagai perayu undi di seluruh pelosok negara pada PRU13 nanti.

“Kami cukup bersedia untuk sama-sama menggempur pihak lawan pada kempen pilihan raya nanti untuk merayu undi,” katanya ketika menyertai perhimpunan kebangkitan rakyat peringkat negeri di dataran Kompleks Pas Perlis di Jalan Kampung Pondok di sini, malam kelmarin.

Kira-kira 4,000 ahli Pas dan PR menghadiri program itu.

Abby atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan berkata, beberapa rakan artis lain akan bersamanya tidak lama lagi untuk memberi sokongan kepada PR.

Sungguhpun mengakui dirinya adalah dari keluarga penyokong Barisan Nasional (BN) bahkan ayah dan ibunya ialah orang Umno tetapi hatinya lebih terbuka untuk memilih Pas kerana ada hikmah di sebaliknya.

“Saya ingin membina rumah di syurga,” katanya sambil menyifatkan dirinya begitu tenang setelah menyertai Pas.

Abby menyifatkan penyertaannya dalam Pas sebagai jihad dalam kehidupannya setelah meninggalkan dunia lakonan.

“Saya rasa begitu bahagia sebagai seorang Muslimah yang akan meneruskan perjuangan mencari kebenaran dan keadilan bersama parti pilihan,” katanya.

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

3 comments:

Unknown said...

Alhamdulillah..yg penting ada matlamat hidup...

OKje said...

manusia memang kena berhijrah kepada kebaikan....

zack mus said...

dah pakai tudung pun dah kira ok tu

Post a Comment