Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

20 Dec 2012

Kisah budak diseret 10 km ....


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Kisah budak 3 tahun tercampak dari kereta dan terseret sejauh 10 km , mmg dah ketentuanNya , sian famili dia .....cer baca cerita bawah ni ...

Ayah mangsa, Said Ibu Aslam GM Ismail, 47, menceritakan kembali detik kejadian malang yang mengorbankan anaknya itu berlaku ketika mereka di dalam perjalanan pulang ke Air Itam, Pulau Pinang selepas berkelah di Bukit Merah Lake Town Resort, Perak.
“Kami sekeluarga bertolak kira-kira jam 6 petang selepas bermandi-manda di Bukit Merah Laketown Resort di Taiping, Perak. Pada mulanya, saya memandu di lorong kanan namun masuk ke lorong kiri apabila terdapat kenderaan di belakang yang ingin memotong.
“Apabila melalui laluan yang agak gelap, saya ternampak bangkai anjing di hadapan dan cuba mengelaknya namun gagal," katanya.
Akibat itu, dua anaknya, Nur Aisyah Aslam, 2, dan Muhammad Aslam Maricar, 3, yang duduk di belakang tercampak keluar disebabkan kenderaan berpusing selepas melanggar anjing tersebut.
“Bagaimanapun, isteri, dua anak dan adik ipar saya selamat,” katanya ketika ditemui di perkarangan wad kanak-kanak Hospital Seberang Jaya, semalam.
Said Ibnu Aslam berkata, beliau mencari kedua-dua anaknya yang tercampak dan menemui anak bongsunya yang tertiarap di dalam longkang.
“Saya kemudiannya mencari arwah di merata tempat termasuklah di tepi lebuh raya dan hutan kira-kira dua jam namun gagal ditemui.
“Tidak lama kemudian, saya menerima panggilan seseorang yang meminta untuk ke hospital kerana telah menemui anak saya.
“Hancur luluh hati ini apabila diberitahu anak saya meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati,” katanya.
Dia sekeluarga reda dengan pemergian arwah.
Antara perubahan ketara yang ditunjukkan ialah arwah seringkali memeluk dan menciumnya serta mengungkapkan perkataan sayang kepadanya serta ahli keluarga lain tiga hari sebelum kejadian.
Katanya, dia tidak menyangka itu adalah petanda anak kesayangannya itu akan meninggalkan mereka buat selamanya.
“Arwah berkali-kali mahu mengikut saya bersolat di masjid sejak beberapa hari lalu.
“Dalam perjalanan pulang pula, dia mencium saya beberapa kali dan arwah sempat makan jeli kelapa yang dibeli ketika kami singgah di pasar malam Taiping sebelum kejadian,” katanya.
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke HSJ untuk bedah siasat dan dituntut ahli keluarga kira-kira jam 3 pagi dan selamat dikebumikan pada jam 4 pagi.


Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

10 comments:

yana aina said...

ya Allah ... sedihnya. tak dpt bygkn .. erm takziah

abg cik said...

saya lagi tak dapat nak bayangkan , sbb saya pun dalam perjalanan balik , dari KL waktu kejadian tu sy kat RNR Bukit Gantang

miz ruha said...

sedih dan menyayat hati...
takziah buat keluarga mangsa...

done cubit 4 ketul...

Miss Zahirah said...

bca psl kisah ni dalam paper..
xdpt nk bygkan kna seret 10km..
sedih sgt..

aTieYusof Family said...

Sedih dgr kisah ni pagi tadi kt radio...
tak dpt bayangkan kesedihan keluarga mangsa..

Intan Norhaida said...

menyayat hati...... semoga famili arwah tabah menerima ketentuan ini...

hainom OKje said...

Hish...malang memang tak berbaukan!dah ajal

Shahaneem Sathar said...

Tak sanggup nak bayangkan .takziah buat sekeluarga

Khairul anuar said...

Senantiasa berhati2..

abg cik said...

dengar cerita ni pun dah x dpt nak bayangkan camna , budak tu

Post a Comment