Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

6 Dec 2012

Blackberry meletup waktu tidur , bahaya letak hp atas tilam.


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Ni kali pertama aku dengan cerita hp Blackberry meletup , nyaris membakar tilam , kes ni ada satu dalam sejuta , jarang dengan hp meletup , terlebih cas kot , baca cerita ni ....

Di London, seorang budak lelaki terpaksa menanggung parut pada kaki seumur hidup apabila telefon Blackberry baru milik abangnya meletup ketika dia tidur.

Kian McCreath, 11, menjerit kesakitan di awal pagi apabila kepingan plastik cair dari telefon itu melekat pada kakinya.Katil McCreath juga terbakar akibat letupan itu. Budak sekolah dari Coventry itu berkata, dia berlari keluar dari bilik tidur sambil menjerit sekuat hati kerana terkejut serta sakit.

“Nasib baik ibu saya cepat sedar dan segera memadamkan api di katil,” katanya. Ibu McCreath, Sarah, 39, berkata dia terjaga kira-kira jam 2.30 pagi kelmarin apabila terdengar jeritan anaknya. Budak itu kemudian dikejarkan ke Hospital Universiti Coventry dan dirawat kerana kesan melecur pada kedua-dua kakinya. Blackberry itu kepunyaan abang McCreath, Mason, 13, dan baru saja dicabut dari pengecasnya sejurus sebelum meletup.

Sementara itu, jurucakap pengeluar Blackberry berkata, kes itu diberi perhatian serius.Aku ambik dari sini

Memang tabiat aku letak hp kat hujung kepala katil waktu tidur , tujuannya adalah nak guna alarm dia . Nasib baik aku tak pernah letak atas tilam . Aku dok letak atas kayu hujung kepala tu . Huuuh risau juga , harap tak da kes macam ni kat Malaysia ni .



Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment