Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

25 Dec 2012

Kuantan tenggelam kerana banjir kilat !!


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Habih dah Kuantan , hujan lebat selama 3 jam pun dah banjir , nak kata pasal longkang sumbat ke , air sungai penuh ke , air laut pasang ke , atau angin monsun ke penyebabnya ?Air naik sampai dekat 1.5 meter , wow paras dada tu . Menurut Metro hari ni ....
Hujan lebat selama tiga jam menyebabkan beberapa jalan utama terutama di pusat bandar dilanda banjir sedalam 1.5 meter (m).

Antara jalan ditenggelami air ialah Jalan Tun Ismail Satu, Jalan Beserah, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Abd Aziz, Jalan Mahkota, Jalan Bukit Ubi, Jalan Air Putih dan Jalan Pasar.


Difahamkan, banjir kilat itu berlaku jam 11 pagi semalam menyebabkan banyak kenderaan terkandas di jalan raya selain beberapa premis perniagaan ditutup kerana dinaiki air.

Walaupun daerah ini mula hujan sejak malam kelmarin, hujan lebat selama tiga jam bermula jam 8 pagi semalam menyebabkan berlaku banjir kilat.


Keadaan itu menyebabkan kebanyakan pemilik kenderaan panik dan menyelamatkan diri dengan meredah jalan yang ditenggelami air.


Tinjauan Harian Metro di sekitar Jalan Tun Ismail, di sini, mendapati 10 kenderaan terkandas dan orang ramai membantu mengalihkan kenderaan mereka.

Harap Perlis tak banjir tahun 2013 nanti , tahun ni pun harapnya tak banjir . ...
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

2 comments:

OKje said...

hish...tak sangkanya.... sebelum ni pernah banjir tak Kuantan?

Miss Zahirah said...

xprnh plk dgr sblm ni kuantan bajir..
kuasa Allah..

Post a Comment