Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

8 Dec 2012

Alat ini dapat mengelak AES , jangan ikut ni salah ni ....!!


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Bila AES dilancarkan , tak terfikir pulak aku , yang alat  mengelakkan AES pun dah berada di pasaran , huhhh, ' di mana ada kemahuan ,di situ ada jalan  !!  ' . Cer tengok gambar atas tu , harga dia RM 400 .Alat ini dapat mengelak AES , tapi menggunakan alat ini merupakan satu kesalahan , kena tangkap jangan salahkan aku . Menurut  Mstar Online hari ini  , baca kat bawah ni .....


Peranti buatan Taiwan ini dikenali sebagai "burglar-proof licence plate" tetapi ia juga mungkin dipanggil "sistem melarikan diri automatik" untuk perangkap kelajuan.

Ia mengaburi nombor plat depan dan belakang kenderaan atau salah satu daripadanya dengan hanya menekan satu butang. Pengguna harus mengaktifkannya apabila mereka melihat tanda amaran kamera perangkap kelajuan.

Kain hitam akan tertarik ke bawah secara automatik untuk menutup nombor plat, seperti versi kereta jenis Aston Martin DB5 yang digunakan dalam filem James Bond 'Goldfinger' dan Thunderball, pada tahun 1960-an.

Alat ini, yang berharga RM400 agak mudah dipasang dan hanya mengambil masa kurang dari satu jam, telah menjadi item panas dan laris dengan penguatkuasaan AES.Ia sedang dipasarkan melalui akaun Facebook yang menyenaraikan nombor telefon ejen di sekitar Lembah Klang.

Tu dia , berebut-rebut orang pasang menda ni , kena tahan polis atau JPJ jangan dok salahkan siapa-siapa , tak de siapa suruh pasang , haa tangggunglah sendiri noo ...dah jadi macam kereta James Bond pulak !!

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

1 comment:

Kelana Cinta said...

Ada jugak benda camni~

Post a Comment