Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

4 Dec 2012

Negara yang kaya teknologi , kaya juga dengan bencana alam


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Jepun adalah negara yang kaya dengan teknologi , tapi ia juga kaya dengan bencana alam seperti gempa bumi , tsunami , tanah runtuh dan lain lagi . Terbaru di Tokyo , beberapa runtuhan berlaku di satu terowong menyebabkan syiling konkrit seberat lebih satu tan setiap satu jatuh . Kalau kena kereta memang kemek ni ...



Sembilan mayat, termasuk lapan daripadanya dalam keadaan rentung telah dibawa keluar dari terowong Sasago, barat Tokyo, yang runtuh awal pagi semalam.

Lima daripada mayat mangsa terbabit ditemui di dalam sebuah 'station wagon' manakala tiga yang lain dalam sebuah kenderaan yang musnah terbakar.Satu lagi mayat ditemui dalam trak.

Dipetik AP, pegawai Agensi Pengurusan Kebakaran dan Bencana Alam, Jun Goto berkata, operasi ditamatkan sebaik sahaja kesemua mangsa ditemui dan kerja-kerja membaiki siling yang runtuh dilakukan segera bagi mengelak berlakunya runtuhan kedua.

Hasil siasatan polis bersama pengendali Central Japan Expressway Co. mendapati, tiada sebarang punca yang menyebabkan lebih 200 siling konkrit dengan setiap satu seberat 1.54 tan itu runtuh secara tiba-tiba.

Terowong Sasago yang terletak di wilayah Yamanshi yang menghubungkan bahagian barat Tokyo dan ibu negara, dibuka kepada pengguna jalan raya dalam 1977.

Sementara itu, Presiden Central Japan Expressway Co, Takekazu Kaneko, mengarahkan penutupan satu lagi terowong yang mempunyai struktur binaan sama seperti Sasago kerana bimbang berlaku kejadian yang sama. Sumber dari sini

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

2 comments:

Unknown said...

Tak tahu nak komen apa ^_^
Semakin maju sesebuah negara, semakin banyak plak yang berlaku dengan negara tersebut ^_^ Contoh terbaik macam nie la kan...Begitu juga Amerika ^_^

zack mus said...

betul tu wilma , negara makin maju , bencana alam lagi maju

Post a Comment