Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

30 Dec 2012

Awas ! Taktik terbaru pencuri kereta...


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Awas , taktik terbaru pencuri kereta !! Ada satu alat buatan Taiwan yang mampu mematikan bunyi penggera kereta , kalau dia buka kereta , tak ada bunyi penggera , canggih kan ? Jangan dok simpan barang berharga dalam kereta , nanti pencuri ambik , kalau dah bak sapu kereta tu dah memang rezki dia .

Cer baca cerita bawah ni , menurut Harian Metro hari ni ....

Menggunakan sejenis peralatan elektronik buatan Taiwan, seorang lelaki mampu mematikan sistem penggera kereta dengan mudah sebelum menyamun barang berharga dalam kenderaan terbabit.

Alat berkenaan dikatakan mampu memintas frekuensi sistem penggera kenderaan dan suspek dengan mudah masuk ke dalam kenderaan berkenaan selepas sistem penggera dimatikan, membolehkan pintu kereta dibuka tanpa bunyi.


Perkara itu terbongkar selepas polis menahan seorang lelaki berusia 36 tahun yang terbabit dengan jenayah samun kenderaan dalam serbuan di sebuah kondominium di Petaling Jaya, 13 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pemeriksaan di rumah berkenaan menemui empat komputer riba, satu cakera keras mudah alih dan pelbagai dokumen atas nama individu lain dipercayai yang dicuri suspek.


“Modus operandi suspek ialah menunggu dalam kereta di parkir pusat beli-belah dan menggunakan alat berkenaan untuk memintas frekuensi penggera kereta mangsa.


“Sebaik berjaya membuka kereta mangsa, suspek mengambil barang berharga dalam kereta berkenaan sebelum melarikan diri,” katanya.

Beliau berkata, mangsa hanya menyedari kenderaan mereka disamun apabila mendapati pintu kereta mereka terbuka atau kenderaan berkenaan tidak berkunci selain keadaan di dalamnya berselerak.


Katanya, siasatan lanjut mendapati suspek yang dibebaskan dari penjara awal tahun lalu, mempunyai sembilan rekod jenayah lampau.

“Siasatan mendapati suspek sudah beberapa kali melakukan jenayah ini dan tidak menolak kemungkinan ada individu lain yang melakukan samun menggunakan taktik sama,” katanya.
Risau gak perking kereta kat tempat sunyi , terdedah kepada pencuri kereta ....

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

1 comment:

OKje said...

macam macam alat ada kalau nak .mencuri ni...kena kunci dan tawakkal ajelah nampaknya

Post a Comment