Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

21 Dec 2012

Ada aplikasi kecemasan untuk Samsung Galaxy , namanya Gynoid App !!


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Isyarat kecemasan SOS , dicipta untuk Samsung oleh para pelajar tahun akhir USM dalam projek Innovasi mereka , cer tengok cerita bawah ni
Inovasi sekumpulan pelajar tahun akhir Pusat Pengajian Sains Komputer, Universiti Sains Malaysia (USM) membina aplikasi isyarat kecemasan bagi mencegah jenayah menerusi telefon pintar dinobatkan juara pada pertandingan Samsung Appstar 2012 baru-baru ini.
Aplikasi yang diberi nama Gynoid App itu berjaya mengetepikan 11 lagi pasukan pada pusingan akhir yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Pasukan yang dianggotai oleh Melody Foong, Hoong Jo Lynn dan Ang Hooi Lean itu menerima hadiah wang tunai berjumlah RM24,000 dan tiga telefon pintar Samsung Galaxy SIII.
Menurut Foong, aplikasi Gynoid itu berupaya menyampaikan isyarat kecemasan apabila pemilik telefon menekan butang atau menggoncangkan telefon bimbitnya apabila berhadapan dengan masalah seperti diekori penjenayah.
“Pemiliknya hanya perlu menekan butang tertentu atau menggoncang telefon pintar selama kira-kira lima saat untuk mengaktifkan isyarat tersebut.
“Isyarat kecemasan tertentu akan disambungkan kepada pihak berkuasa. Ia akan dilaksanakan oleh pihak Samsung selepas kami memberi gambaran perjalanan sistem aplikasi tersebut,” ujarnya.
Lepas ni kalau ada perompak , pencuri atau perogol nak wat jahat , goncang ja telefon tu nanti polis sampai , waaah best la cam ni , jangan tak dak kecemasan pun dok goncang juga , karang tak pepasal kena tangkap kerana buat panggilan palsu , bagus juga projek ni ....
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

3 comments:

Unknown said...

wah...bestnye jd org kreatifkan??ade je idea nk wat ape??? rasa cam selamat je ade phone pintar pas ni..:)

Unknown said...

takda kecemasan pon org rjin dail no kecemasan. skrg nie goncang jerk .... hehehh tp mrk mmg kreatif !! tahniah ^^

zack mus said...

Fuuu Samsung sanggup bayar ni kat bebudak ni , konfim , keja dengan Samsung la bebudak ni

Post a Comment