Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

4 Sept 2012

SMS terakhir dari Moscow : Susulam pelajar tajaan MARA maut kemalangan


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !


SMS terakhir dari Moscow : Susulan pelajar tajaan MARA maut kemalangan. Di Dungun , Trengganu ....
keluarga dia terkejut menerima berita kematian dia .

“Sebelum kemalangan, arwah sempat menghantar khidmat pesanan ringkas kepada saya memaklumkan dia sudah selamat tiba di Moscow.

"Namun, sebaliknya pula berlaku apabila dia menemui ajal ketika dalam perjalanan dari Moscow menuju ke universitinya."

Demikian kata Mohd Shah @ Abdullah Salleh, 62, bapa kepada arwah Hanisah, pelajar perubatan yang maut dalam kemalangan di Rusia.

Ajal maut di tangan Tuhan...

Mohd Shah ketika ditemui di rumahnya dekat sini berkata, arwah sebelum ini pulang bercuti sempena sambutan Aidilfitri dan kembali ke Moscow pada 2 September lalu, sehari sebelum tragedi menimpanya.

Mohd Shah berkata, semasa menghabiskan cutinya selama dua bulan itu, arwah yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik kelihatan begitu gembira selain amat manja dengan bapanya.

Katanya, perubahan tingkah laku anaknya itu tidak dianggap satu petanda memandangkan pelajar perubatan di universiti Nizhny itu memang suka bermanja dengan bapanya.

Tiada sebarang  perubahan tingkah laku dikesan bapanya , kelakuan dia macam biasa je.

Mohd Shah berkata, kali terakhir dia bertemu anak bongsunya itu ketika menghantarnya untuk menaiki kapal terbang di lapangan terbang KLIA, 2 September lalu.

“Sebelum dia masuk ke bilik pelepasan, arwah beberapa kali melambai ke arah kami.

“Sebaik sampai di Moscow, dia sempat menghantar pesanan ringkas memaklumkan sudah selamat tiba, tak sangka itu berita terakhir daripadanya,” kata pesara Tenaga Nasional Berhad itu.

Ibu mangsa, Rokayah Mohd, 61, yang masih sugul dengan pemergian arwah berkata, dia mengetahui berita menimpa anak kesayangannya itu apabila didatangi seorang Pegawai Mara di rumahnya kira-kira jam 10.30 pagi semalam.

Siapa tak terkejut menerima berita kematian anak , dah takdir.

Dia yang baru tiba dari Kuala Lumpur selepas menghantar arwah di lapangan terbang seolah tidak percaya tragedi yang menimpa bekas pelajar cemerlang Maktab Rendah Sains Mara Kuala Terengganu itu kerana mereka baru bertemu tidak sampai 48 jam lalu.

Letih baru sampai dari KLIA pun tak habis lagi , dah terima berita kematian.

“Apabila ada pegawai Mara datang, mak cik rasa tak sedap hati dan tanya apa yang berlaku, anak saya mati kemalangan ke?

“Setelah diberitahu Hanisah maut dalam nahas, mak cik tidak percaya kerana baru sahaja kami bertemu di lapangan terbang,” katanya.

Mangsa bersama tujuh lagi yang lain dalam perjalanan menaiki sebuah van dari Moscow menuju ke bandar Nizhny sebelum van dinaiki terbabit dalam kemalangan kira-kira jam 11 malam kelmarin.-sinar


Jenazah mangsa dijangka tiba di tanah air kira-kira lima hari lagi dan urusan berkenaan sedang diuruskan pihak Wisma Putra.

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

2 comments:

Unknown said...

x terbayang kesedihan family ni...anak yg menjadi harapan sudah tiada...alfatihah tuk arwah..

zack mus said...

saya pon sedih , Al-Fatihah untuk arwah , ye lah sapa tak sedih

Post a Comment