Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

21 Sept 2012

Lelaki ikat emak , ratah anak gadis dalam bilik air


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Manusia bertopengkan setan. Itu gelaran paling tepat bagi dua lelaki apabila bukan saja mengheret dan mengikat seorang suri rumah, malah turut merogol anak mangsa selepas membawa gadis itu ke dalam bilik air dalam kejadian di Kampung Gemunchor, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, dua lelaki terbabit yang menaiki sebuah kereta berhenti berhampiran rumah mangsa sebelum masuk melalui pintu belakang yang tidak berkunci.


Difahamkan, dua lelaki terbabit yang dipercayai tinggal di kampung sama, dikatakan sudah memerhatikan mangsa yang berusia 17 tahun sejak beberapa hari lalu sebelum merancang melakukan jenayah berkenaan.

Ketika berada di rumah mangsa, dua lelaki terbabit bertindak agresif apabila memukul ibu remaja itu sebelum mengheret dan mengikatnya menggunakan tali.


Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, selepas mengikat suri rumah berusia 40 tahun itu, dua lelaki terbabit kemudian menarik mangsa yang berada di ruang tamu menuju ke bilik air.


Menurutnya, siasatan awal mendapati selepas merogol mangsa, dua lelaki terbabit turut merampas gelang tangan ibu mangsa sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta.

Katanya, sebaik dua lelaki terbabit melarikan diri, mangsa yang bersekolah di sebuah sekolah menengah di sini, berlari ke rumah kakaknya terletak 500 meter untuk meminta bantuan.


“Bagaimanapun, pelajar tingkatan lima itu yang berlari dalam keadaan separuh bogel pengsan sebelum kakaknya bergegas ke tempat kejadian untuk melihat keadaan sebenar.

“Mangsa yang tersedar daripada pengsan kemudian menceritakan kejadian menimpanya sebelum membuat laporan di Balai Polis Kuala Lipis,” katanya.


Menurut Abdul Razak, mangsa bersama ibunya kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk pemeriksaan.


Katanya, susulan kejadian itu, polis melancarkan gerakan memburu dua lelaki terbabit selain meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil ke Balai Polis Kuala Lipis bagi membantu siasatan.-metro


Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

1 comment:

Post a Comment