Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

4 Sept 2012

Al-Fatihah untuk pelajar perubatan di Moscow , Susulan pelajar maut di Russia: Kebimbangan kakak jadi kenyataan


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Kadang-kadang apa yang kita runsingkan menjadi kenyataan , ini lah yang berlaku kepada arwah ,

Kebimbangan Adzlin Dimyati, 27, bahawa sesuatu yang buruk menimpa Adzreen, 22, setelah khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak dibalas menjadi kenyataan apabila dimaklumkan adik ketiganya itu meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Russia lewat kelmarin.

"Saya telah menghantar SMS kepada Adzreen bertanyakan sama ada dia sudah tiba di Russia atau tidak, tetapi SMS saya langsung tidak dibalas.

"Biasanya, dia (Adzreen) akan menghubungi keluarga sebaik tiba di sana tetapi kali ini, dia langsung tak memaklumkan kapada kami. Saya pun rasa pelik apabila dia tidak membalas SMS saya yang bertanyakan dia sama ada sudah tiba di Russia atau tidak.

"Pagi tadi, saya menerima SMS daripada abang saya yang memaklumkan bahawa adik ketiga saya itu meninggal dunia dalam satu kemalangan setelah abang saya dihubungi Jabatan Perkhidmatan Awam kira-kira 9 pagi," katanya ketika ditemui di rumahnya di Presint 9 malam tadi.

Adzreen, pelajar tahun lima Akademi Perubatan Negeri Nishny Novgorod yang baru pulang ke Russia untuk menyambung pengajian selepas tiga bulan bercuti di sini, meninggal dunia ketika dalam perjalanan dari lapangan terbang Moscow ke Vladimirskaya.
 
Adzreen meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital manakala seorang lagi rakannya, Hanisah Muhd Shah, meninggal dunia di tempat kejadian.

Lima lagi pelajar Malaysia yang menaiki van bersama Adzreen dan Hanisah, menerima rawatan di sebuah hospital di Vladimirskaya.

Adzlin berkata mereka sekeluarga terkejut dan bersedih dengan pemergian mengejut Adzreen, khususnya ibu, Aini Abaas, 52 dan adik kembar Allahyarham, Adzwin, yang menuntut dalam bidang perubatan di Poland.

"Kami sekeluarga masih terkejut dengan pemergian Adzreen kerana baru sahaja semalam kami menghantarnya untuk pulang menyambung pengajian.  

"Sepanjang tiga bulan bercuti di sini, tiada sebarang perubahan terhadap dirinya. Kami sekeluarga gembira kerana dapat menyambut Aidilfitri bersama tahun ini," katanya.

Adzlin berkata kedua-dua adik kembarnya sebelum ini tidak pernah berpisah kerana mereka belajar dalam kelas yang sama di Kolej Tengku Kurshiah, Seremban, sebelum menyambung pengajian di peringkat A Level di tempat sama.

Bagaimanapun, katanya, pasangan kembar itu berpisah buat kali pertama ketika menyambung pengajian di peringkat universiti.

Mari kita sedekah Al-Fatihah untuk arwah  - Bernama
Al-Fatihah untuk arwah


Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

2 comments:

Anonymous said...

al fatihah

Unknown said...

al-Fatihah..
takziah buat keluarga mangsa...

Post a Comment