Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

19 May 2012

' SAYA MAHU MEMBANTU KAUM PENAN ' KATA NAK PENAN YANG BERJAYA MASUK UNIVERSITI SELEPASA DPAAT BIASISWA


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !


KUCHING : “Saya mahu menjadi pakar psikologi bagi membantu masyarakat Penan dan membuktikan orang Penan juga mampu cemerlang seperti kaum lain,” kata Lerroy Lemen, 18, daripada kaum Penan yang menerima biasiswa Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB), semalam.

Penganugerahan itu diberikan selepas Lerroy mencatatkan keputusan cemerlang iaitu 6A, 1B dan 1C dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan baru-baru ini. Lerroy antara 15 pelajar Bumiputera Sarawak mendapat biasiswa YPPB yang jumlah keseluruhannya bernilai RM158 juta.


Berasal dari satu komuniti kecil Penan di Long Lamai, Marudi, iaitu kira-kira 200 kilometer (km) dari Miri dan 30 km dari sempadan Indonesia, bukan penghalang kepada Lerroy meraih keputusan cemerlang SPM, sekali gus layak menerima biasiswa itu.

Mengimbas kisah di sebalik kejayaan diraihnya, Lerroy berkata selepas tamat sekolah rendah, dia terpaksa meninggalkan kampung untuk melanjutkan pelajaran di sekolah menengah di Bario sehingga tingkatan tiga.


Dia kemudian menyambung pengajian tingkatan empat dan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Marudi.


Dalam keputusan SPM baru-baru ini, Lerroy memperoleh A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Geografi, Sejarah, Perdagangan, Sains dan Moral, manakala B untuk Matematik dan Bahasa Inggeris C.

“Bagi memenuhi cita-cita saya, langkah pertama ialah mendaftarkan di Kolej Taylor di bawah program prauniversiti Kanada yang bermula Julai ini. Saya dibesarkan dalam kehidupan ‘survival’, berdikari demi kelangsungan hidup dan memahami betapa sukarnya kehidupan di kampung.


“Mempunyai kehidupan survival adalah baik, tetapi tidak cukup untuk hidup di dunia moden ini dan saya bertekad mengubah cara hidup demi kesejahteraan masyarakat Penan,” katanya ketika ditemui pada Penyampaian Biasiswa YPPB, semalam.

Biasiswa itu memberi peluang kepada pelajar SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang meraih keputusan cemerlang dari kawasan pedalaman melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi dalam bidang pilihan masing-masing.


Penyampaian biasiswa itu adalah kali keempat membabitkan 225 pelajar terpilih selepas Melaka, Kelantan dan Sabah. Majlis disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Turut hadir, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Datuk Len Talif Salleh yang mewakili Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Ketua Pegawai Eksekutif YPPB, Raja Azura Raja Mahayuddin.


Terdahulu dalam ucapannya, Raja Azura berkata, objektif YPPB ialah menyediakan pendidikan berkualiti dan peluang pekerjaan lebih baik kepada pelajar cemerlang Bumiputera yang berprestasi tinggi.


“Kami bukan saja menawarkan biasiswa, malah memberi bimbingan serta kemahiran diperlukan dalam persekitaran kerja pada masa akan datang kepada pelajar terpilih,” katanya.


Sementara itu, Nor Mohamed berkata, kerajaan menyedari kesukaran pelajar luar bandar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi disebabkan masalah kewangan.-METRO

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

3 comments:

Anonymous said...

asalamualaikum.. saya terjumpa blog nie masa tgh buat research.. untuk makluman penulis, saya juga salah seorang dr penerima biasiswa ini, dan saya adalah kawan rapat kepada Lerroy Lemen.. saya bangga dengan pencapaian semua penerima biasiswa ini, dan kami semua dijaga dgn elok oleh yayasan peneraju pendidikan bumiputera.. kami umpama anak emas kepada mereka.. :)

Fazie Alieda said...

yayasan peneraju pendidikan bumiputera memagn terbaik! (y)

Anonymous said...

saya adalah penerima biasiswa ini juga, kami bkn sahaja diberi peluang utk belajar. bahkan suasana yang disediakan oleh pihak yayasan menyebabkn kami merasakan spt satu keluarga dari setiap pelusuk negara. kami juga telah berkongsi bnyk pngalaman dan crite. Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, kami xkan hampakan harapan yang telah diberikan

Post a Comment