Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

9 May 2012

PENEROKA FELDA DAPAT DURIAN RUNTUH RM 15 RIBU SATU KELUARGA


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

JERANTUT - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan durian runtuh bukan sahaja kepada para peneroka tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) malah untuk isteri dan anak mereka serta 19,000 orang warga kerja lembaga itu.

Durian runtuh untuk para peneroka itu berjumlah RM1.689 bilion.

Ia bakal diagihkan kepada seramai 112,635 keluarga peneroka di seluruh negara sempena penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Ketika mengumumkan berita menggembirakan itu di hadapan kira-kira 50,000 warga peneroka Felda pada Majlis Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8 dekat sini, Najib berkata, Felda kini telah memasuki satu transformasi baharu setelah penyenaraian FGVH.

Beliau berkata, pemberian durian runtuh dalam bentuk wang tunai itu akan dilakukan dalam tiga fasa.

Setiap fasa berjumlah RM5,000, masing-masing untuk ketua keluarga, isteri peneroka dan generasi kedua Felda.-KOSMO



Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment