Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

9 May 2012

' BOM SELUAR DALAM ' DIRANCANG DILETUPKAN OLEH AL-QAEDA DALAM PESAWAT PENUMPANG AS (LAWAK )


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

WASHINGTON: Amerika Syarikat menggagalkan rancangan cawangan al Qaeda di Yaman untuk meletupkan pesawat penumpang Amerika menggunakan ‘bom seluar dalam’ bentuk baru, beberapa hari selepas ulang tahun pertama kematian Osama Laden, kata pegawai kelmarin.

Pegawai Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) sedang memeriksa bahan letupan sama seperti bom yang pernah digunakan dalam rancangan pengeboman Krismas pada 2009, apabila bahan letupan plastik disorok dalam seluar dalam lelaki Nigeria gagal diletupkan dalam penerbangan menuju Detroit.

Agensi kerajaan dan Rumah Putih berkata rancangan itu dilakukan al Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP) dikesan pada peringkat awal dan ia tidak membahayakan orang ramai.

“Bahan itu digunakan untuk serangan bunuh diri dalam pesawat. Tiada pesawat berdepan risiko,” kata pegawai anti pengganas Amerika yang enggan dikenali.

Plot itu disyaki bertujuan menyasarkan penumpang dalam penerbangan ke Amerika Syarikat.

Berita mengenai rancangan terbabit didedahkan hanya beberapa hari selepas ulang tahun serbuan komando Tentera Udara Amerika yang membunuh ketua al Qaeda, Osama bin Laden di tempat persembunyiannya di Pakistan.

“Tahniah CIA kerana menghalang rancangan AQAP memusnahkan pesawat Amerika menggunakan sejenis bom baru dan sukar dikesan meter magnet,” kata Ketua Jawatankuasa Perisikan Senat, Senator Dianne Feinstein.

FBI berkata bahan letupan diperbaharui serupa dengan IED yang digunakan al Qaeda di Semenanjung Arab dalam cubaan serangan pengganas termasuk terhadap pesawat dan pembunuhan yang disasarkan sebelum ini.

“Penilaian awal bahan itu menunjukkan ia mempunyai beberapa perbezaan dengan bahan yang digunakan dalam serangan Krismas. Jelasnya, AQAP mengubah teknik bom untuk mengelakkan daripada kegagalan bahan letupan pada 2009,” kata pegawai anti pengganas.

Presiden Barack Obama diberi taklimat mengenai plot pada April dan memberitahu timbalannya yang nyawa tidak berada dalam bahaya, kata jurucakap Majlis Keselamatan Nasional, Caitlin Hayden. – AFP
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment