Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

5 May 2012

KEPUTUSAN LIGA SUPER KELANTAN VS LIONS XII ( 3-0 )


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !


Kelantan menampilkan aksi menarik di hadapan penonton sendiri apabila mengalahkan pendahulu liga Lions XII 3-0 pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Baharu, malam ini.

Kemenangan itu membolehkan Kelantan merapatkan jurang perbezaan mata dengan ketinggalan dua mata daripada pasukan dari Singapura itu yang mengumpul 36 mata dari 18 perlawanan.
Kelantan terpaksa menunggu sehingga babak kedua perlawanan apabila S Chanthuru memecah kebuntuan gol pada minit ke-73 sebelum Norfarhan Muhammad menambah gol kedua empat minit kemudian.

Kelantan melabuhkan tirai jaringan pada minit ke-85 menerusia jaringan Rizal Fahmi Abdul Rosid.


Di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Mohd Rozaimi Abdul Rahman menceriakan pasukan Sabah apabila menjaringkan gol tunggal pada minit ke-20 bagi mengetepikan Felda United 1-0.


Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, pasukan Terengganu berkongsi mata dengan Perak apabila seri 2-2.

Terengganu kini menghuni tangga ketiga liga dengan 26 mata selepas 15 perlawanan manakala Perak berada di tangga kelima dengan 24 mata.

Sementara itu, dalam saingan Liga Perdana, ATM terus mendominasi kedudukan liga apabila mencipta kejayaan besar membelasah Johor MBJB 7-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya.

ATM kini mengumpul 32 mata mengatasi Pahang dengan kelebihan jaringan.

Pemain import Alex James menjadi wira apabila berjaya melakukan hatrik dengan jaringan pada minit ke-11, 44' dan 64'.

Hairuddin Omar menyumbang dua gol hasil jaringan pada minit ke-47 dan 53, Fitri Omar pula menjaringkan gol keenam bagi pasukan ATM pada minit ke- 68.

Manakala pemain MBJB, Zainodin Kasmidim menjaringkan gol sendiri pada minit ke-70.

Gol saguhati MBPJ pula disumbangkan oleh Azmi Sarmin pada minit ke-42.

Pahang turut mengutip tiga mata penuh hasil kejayaan mengalahkan Harimau Muda B dengan keputusan 3-2 di Stadium Temerloh.

Gol Pahang disumbangkan oleh Mohd Fauzi Roslan pada minit ketiga, Mohd Azwan Daud (minit ke-62) dan Maycon Inez (minit ke-78).

Manakala dua gol pelawat dijaringkan oleh Mohd Hami Zaref pada minit ke-55 dan Mohd Hadin Azman (minit ke-68).

Sementara itu, Sime Darby pula mengalahkan Perlis 5-1 di Stadium Selayang.

Di Stadium Larkin Johor, Johor menumpaskan N.Sembilan Betaria 3-0 manakala USM FC pula mengatasi PDRM 4-2 di Stadium Mini USM, Pulau Pinang dan MP Muar mengalahkan Pos Malaysia 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Muar. - Bernama

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment