Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

5 May 2012

REMAJA MAUT DIPANAH PETIR KETIKA MEMANCING DI PANTAI TELUK KETAPANG ( SEDIH )


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !


KUALA TERENGGANU: Seorang remaja maut manakala dua lagi cedera setelah dipanah petir ketika memancing di pantai Teluk Ketapang di sini petang tadi.

Mohd Ismuazam Mohd Jaafar, 18, maut di tempat kejadian pukul 5 petang itu sementara Mohd Fairul Azahana Ngah, 26, dan Mohd Erwan Abd Rahman, 18, dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini.
Mohd Faiza, 27, abang kepada Mohd Fairul Azahana ketika ditemui pemberita di hospital berkenaan berkata adiknya keluar rumah kira-kira jam 3 petang untuk memancing di pantai tersebut bersama lima rakannya, bagaimanapun hanya mereka bertiga yang memancing manakala dua lagi rakannya berada di dalam kereta.

"Fairul memang biasa memancing tapi kebiasaannya di sekitar pantai Kuala Ibai dekat dengan rumah kami. Ismuazam tidak pernah memancing namun setelah tiba musim memancing dia berminat pula untuk memancing," katanya yang turut merupakan sepupu kepada Ismuazam.


Mangsa yang cedera didapati masih dalam keadaan lemah dan trauma.


Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Zamri Samsuddin mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya hujan lebat diikuti petir telah menyambar Mohd Ismuazam sebelum terkena dua lagi rakannya menyebabkan Mohd Ismuazam terpelanting dan terus rebah.

Mangsa dikejarkan ke hospital oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian. - BERNAMA

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment