Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

5 May 2012

DATUK FICKRY YAACUB PENGERUSI KARANGKRAF MENINGGAL DUNIA


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !


Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Fickry Yaacub meninggal dunia di rumahnya di Taman Tun Dr Ismail di sini malam tadi akibat serangan jantung.
Adik beliau, Datuk Hussamuddin yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf memberitahu, Allahyarham sebelum itu sedang menonton perlawanan bola sepak secara langsung antara Kelantan bertemu Lions XII.
Allahyarham berusia 65 tahun meninggalkan seorang isteri, Datin Robiah Mohamed dan lapan orang cahayamata.
“Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara selepas solat Zuhur.
"Rakan-rakan yang ingin menziarah jenazah Allahyarham boleh berbuat demikian di kediamannya di 66, Lorong Aminuddin Baki 3, bersebelahan SK TTDI,” kata Hussamuddin, yang masih  terkejut dengan berita kematian abangnya itu.
Jenazah akan disembahyangkan di Masjid At-Taqwa TTDI pada jam 10 pagi esok untuk dikafankan.
Seluruh warga kerja Kumpulan Media Karangkraf termasuk Sinar Harian mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.-sinar
PS- Jom pakat sedekah Al-fatihah untuk arwah 

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment