Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

8 Apr 2012

ASKAR PAKISTAN TERTIMBUS DALAM RUNTUHAN SALJI ( TERKINI )


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Lebih 100 askar tertimbus dalam runtuhan salji di pangkalan tentera Pakistan yang terletak di Siachen, kawasan terpencil di pergunungan Himalaya, di sempadan India, hari ini.

Berdasarkan perkembangan setakat lewat petang ini, pihak berkuasa negara itu mengesahkan beberapa mayat telah dikeluarkan dari lokasi kejadian.

Runtuhan dilaporkan berlaku pada jam 5.45 pagi waktu tempatan (8.45 pagi waktu Malaysia).

MURAH !! DAPATKAN IPHONE 4S KAT SINI CEPAT SEBELUM KEHABISAN STOK

PERCUMA TRIP TO ITALY !!RM 200,000 UNTUK ANDA CUMA GUNA MINYAK SHELL JE

Menurut satu kenyataan tentera, helikopter, anjing pengesan dan tentera telah dikerahkan ke kawasan runtuhan bagi menyelamatkan mereka yang terperangkap.

"Sekitar 100 askar berhadapan dengan runtuhan salji pagi ini di sektor Gayari dekat Skardu," kata kenyataan pihak tentera Pakistan.

Seramai 117 askar ditempatkan di ibu pejabat tentera di Siachen.

Glasier Siachen terletak di penghujung utara Kashmir, yang merupakan kawasan yang dituntut oleh kedua-dua India dan Pakistan. Ia dikenali sebagai medan perang tertinggi di dunia.

Kedua-dua negara berkenaan mengerahkan beribu-ribu tentera mengharungi suhu sejuk yang melampau dan angin kencang untuk mengawal sempadan untuk satu tempoh berbulan lamanya pada satu-satu masa.

Tentera turut dikerahkan mengharungi ketinggian sehingga 6,700 meter (22,000 kaki) sejak 1984, walaupun kawasan itu diisytiharkan menguat kuasa gencatan senjata pada tahun 2003.

Suku di lokasi kejadian dianggarkan sekitar -70 darjah Celsius.

Sementara itu seorang pegawai yang ditempatkan di kawasan kejadian sejak tahun 2003 rasa pelik dengan kejadian itu.

"Ia sepatutnya selamat. Ibu Pejabat di Gayari adalah pintu masuk utama di mana tentera dan bekalan disalurkan. Ia terletak di sebuah lembah di antara dua gunung yang tinggi dan berhampiran dengan hospital tentera,” katanya yang enggan dikenali.

Tambahnya, lebih ramai askar telah meninggal dunia berikutan cuaca melampau berbanding pertempuran di medan perang.-SINAR
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment