Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

13 May 2012

' SAYA TERDENGAR BUNYI LETUPAN DAN SAYA NAMPAK LELAKI PAKAI TOPI KELEDAR MEMEGANG PISTOL ' KATA SAKSI DALAM KES SAMUN MONEY CHANGER DI SEA PARK


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !


PETALING JAYA: “Saya terdengar bunyi letupan kuat dan menjenguk ke luar tingkap untuk melihat apa yang berlaku sebelum ternampak seorang lelaki yang memakai topi keledar berjalan sambil memegang pistol di tangannya,” kata saksi kejadian cubaan samun satu kedai pengurup wang di Jalan SS2/60 Sea Park, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, seorang pekerja lelaki warga India berusia 32 tahun cedera di pinggang kiri akibat terkena tembakan ketika cuba menyelamatkan abangnya dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.


Saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Cindy, 28, dan bekerja di premis berhampiran berkata, ketika kejadian dia berada di tingkat atas kedai pengurup wang itu sebelum terdengar bunyi letupan.

“Saya terkejut melihat lelaki terbabit memegang pistol dan memikirkan mungkin berlaku rompakan sebelum cepat-cepat beralih dari tingkap itu kerana bimbang dilihat lelaki itu.


“Tidak lama kemudian saya dengar kekecohan lagi di tingkat bawah dan turun sebelum terkejut apabila mendapati seorang lelaki terbaring berlumuran darah,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata kejadian berlaku ketika seorang pekerja kedai pengurup wang sedang membuka pintu premis yang turut dikongsi dengan beberapa peniaga lain apabila tiba-tiba dihampiri dua lelaki bermotosikal “Suspek pertama cuba memasuki premis itu tapi dihalang pekerja kedai pengurup wang berkenaan dan berlaku pergelutan antara mereka.

“Ini menyebabkan suspek pertama melepaskan tembakan ke arah pekerja itu tapi tersasar dan mengenai peralatan dalam kedai,” katanya.


Menurutnya, melihat keadaan semakin genting suspek kedua pula muncul menyebabkan adik pekerja kedai pengurup wang itu cuba membantu abangnya. “Lelaki itu yang juga bekerja kedai sama cuba menghalang suspek kedua mendekati abangnya. Malangnya, dia pula ditembak suspek kedua dan terkena di bahagian kiri pinggang.

“Panik melihat mangsa rebah dan berlumuran darah, kedua-dua suspek segera beredar dari tempat kejadian dan meninggalkan motosikal mereka di depan premis berkenaan,” katanya.-METRO

Araublogger-banyak betul kes samun bersenjata sekarang ni

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

2 comments:

Unknown said...

Rompak, samun, ragut, curi.. Cara mudah nak dapat duit. Tapi kalau dapat kena tangkap orang ramai, kena keroyok... makan tanah la jawabnya.

zack mus said...

Baguslah tu belasah sampai lembik dulu baru serah polis

Post a Comment