Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

16 May 2012

GUNA MINYAK MASAK BERULANG KALI BOLEH TINGKATKAN RISIKO SERANGAN JANTUNG


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !


Tindakan segelintir peniaga mahu berjimat dengan menggunakan minyak masak yang sama berulang kali diibaratkan pembunuh senyap kepada pembeli.
Pengarah Pusat Pengembangan Keusahawanan dan Pemajuan Profesional, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Nordin Abdul Rahman berkata, penggunaan minyak terpakai menyebabkan peningkatan kadar lemak tepu yang berbahaya kepada kesihatan.
Menurutnya, kecenderungan peniaga menggunakan semula minyak terpakai itu dikesan apabila beberapa orang penyelidik UPM yang sedang melakukan kajian biodiesel mendapati bahan itu begitu sukar ditemui.
“Penyelidik kami tidak dapat bekalan minyak masak tersebut kerana mendapati peniaga tidak akan membuangnya selepas digunakan, malah ia dicampur dengan minyak masak baharu.
“Minyak yang diguna semula menyebabkan peningkatan kolesterol serta serangan penyakit jantung,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kesedaran dan Pembangunan Halal Negeri Selangor 2012 di sini semalam.

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

2 comments:

Unknown said...

slalunya minyak masak ni org guna 2 3 kali. Klu asyik guna yg baru parah jugak tuh.. mahal jugk minyak masak ni..

http://5zol-saidsomething.blogspot.com/

zack mus said...

maksud entri ni minyak masak tu dah naik hitam ..tapi masih guna ...tu yang jadi cekodok hangit tu

Post a Comment