Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

2 May 2012

' GANGSTER WANITA ' ANGKAT GENG BELASAH RAKAN SEKERJA , MUNGKIN ADA TAK PUAS HATI KOT !!


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !


KUALA LUMPUR: Tidak berpuas hati dengan bekas rakan sekerja, seorang wanita berusia 20-an membawa geng sebelum menyerang dan memukul mangsa yang bekerja di sebuah kedai serbaneka di Bukit Jalil, di sini, kelmarin.

Difahamkan, mangsa berusia 20 tahun diserang sekumpulan lelaki kerana dia berselisih faham dengan wanita itu mengenai masalah di tempat kerja.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, mangsa cedera di kepala dan badan.

Menurut sumber, mangsa yang bekerja sendirian di kedai berkenaan dihampiri empat lelaki bersama bekas rakan sekerjanya itu.

“Sebaik masuk, empat lelaki itu memukul mangsa. Mangsa mendakwa ditampar, ditumbuk dan diterajang kumpulan terbabit,” katanya.

Sumber berkata, kumpulan terbabit meninggalkan kedai itu selepas melihat mangsa terjatuh di lantai dan berada dalam keadaan lemah.

“Mangsa menghubungi majikannya sebelum dibawa ke klinik berhampiran kawasan berkenaan,” katanya.

Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, di sini.

Dalam laporannya, mangsa mendakwa mengenali seorang daripada mereka yang memukulnya.

Katanya, mangsa mengesyaki wanita itu tidak berpuas hati atau berdendam dengannya selepas berselisih faham ketika bekerja bersama beberapa bulan lalu sehingga membawa rakan menyerangnya.-METRO

P/S: Gambar kat atas tu gambar hiasan je, tak ada kena mengena dengan cerita ni ..

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment