Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

18 May 2012

EDISI GEMPAR !!! SERANGAN JANTUNG KETIKA SEDANG JOGGING , PENJAWAT AWAM MENINGGAL DI TEMPAT KEJADIAN


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !


JITRA: “Arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan, cuma saya kagum dengannya kerana dia anak yang kuat agama dan tidak pernah meninggalkan solat.

“Setiap kali masuk waktu solat, arwah akan menunaikan solat di surau berhampiran rumah,” kata Ahmad Md Saman, 67.
Ahmad, bapa kepada Noradzim, 42, yang tiba-tiba rebah sebelum meninggal dunia ketika berjoging seorang diri dipercayai akibat serangan jantung di Bukit Kelubi, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang, mangsa yang bertugas sebagai pembantu tadbir di Jabatan Audit Sekolah, Kementerian Pelajaran di Anak Bukit, Alor Setar mengalami kecederaan di kepala dipercayai akibat terhantuk.

Ahmad berkata, dia hanya mengetahui kejadian berkenaan selepas menerima panggilan daripada isteri arwah, Nor Sinar Suria Harun, 42, yang bekerja di Bank Simpanan Nasional (BSN) Alor Setar sebelum bergegas ke tempat kejadian.


“Mujur orang ramai yang sedang beriadah di bukit itu melihat arwah tiba-tiba rebah dan mereka cuba menghubungi keluarga melalui telefon bimbit dalam saku seluarnya.

“Anak arwah yang mengangkat panggilan itu kemudian menghubungi ibunya sebelum dia memberitahu saya dengan nada tersekat-sekat.

“Saya dan isteri kemudian bergegas ke tempat kejadian dan mendapati Noradzim sudah meninggal dunia,” katanya ditemui di rumahnya di Taman Cermai, di sini, semalam.

Menurutnya, pada pagi hari kejadian, arwah ada membuat temu janji dengan doktor di Hospital Jitra (HJ), di sini, bagi menjalani rawatan susulan akibat sakit jantung dialaminya beberapa tahun lalu.

“Arwah anak sulung daripada tiga beradik dan mempunyai lima anak berusia tiga hingga 18 tahun,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jitra, Mohd Hasbullah Mohd Isa berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.13 petang sebelum sembilan anggota bersama sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian.

“Mangsa kemudian dibawa ke HJ oleh anggota polis selepas disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohamed Yusoff ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan tiada unsur jenayah,” katanya.

Jenazah arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung lama, di sini, kira-kira jam 10.30 pagi semalam. -METRO

AB - macam2 kita dengar pasal ' silent killer ' ni , serangan jantung tiba2 !! Gambar hiasan kat atas tu ..

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

1 comment:

Unknown said...

dah sampai ajal ..

Post a Comment