Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

4 May 2012

BAYI LAPAN BULAN MAUT TERKENA RENJATAN ELEKTRIK KETIKA MEMEGANG WAYAR ELEKTRIK (TRAGIS)


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !



ALOR SETAR: Seorang bayi, Syahmina Zulaika Hazim Akmal yang berusia lapan bulan maut dipercayai terkena renjatan elektrik di rumah neneknya di Kampung Lancok Tok Leed, Pokok Sena dekat sini pagi Khamis.

Bayi berkenaan maut serta merta dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu dipercayai terpegang wayar sambungan yang tersorok di belakang sebuah almari di ruang tamu rumah tersebut.

Dia turut luka di tangan kirinya.

Ibu saudaranya, Siti Hajar Idris, 26, berkata ketika kejadian, Syahmina Zulaika dijaga oleh seorang lagi ibu saudaranya iaitu Noor Aina Rusli, 14, manakala datuk dan neneknya tiada dirumah kerana keluar menoreh.

Ketika kejadian mangsa dikatakan ditinggalkan bermain bersama kakaknya Sofina Zulaika, 3, di ruang tamu manakala Noor Aina ke dapur untuk menyediakan makanan kepada Sofina yang lapar. "Sofina kemudian datang kepada Noor Aina untuk memberitahu yang adiknya tidur.

"Apabila Noor Aina pergi ke ruang tamu, dia kemudiannya mendapati Syahminasudah tidak bernyawa lagi dengan badannya mempunyai bintik kemerahan sementara tangannya terlekat pada wayar," kata Siti Hajar ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah di sini.

Noor Aina yang panik dengan keadaan itu dikatakan telah mengangkat bayi tersebut untuk diselamatkan tetapi dia juga turut terkena renjatan elektrik namun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bayi itu kemudiannya dihantar ke hospital berkenaan oleh jiran-jiran yang pihak hospital mengesahkan kematiannya.

Siti Hajar berkata bayi tersebut yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik dijaga oleh datuk dan neneknya kerana bapanya Mohd Azim Akmal Rusli, 23, keluar bekerja sebagai pendawai elektrik manakala ibu bayi itu sedang menjalani kursus di Pulau Pinang.

Jenazah Syahmina dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Baru, Pokok Sena kira-kira pukul 5.30 petang tadi. -BERNAMA

PS-Hati-hati dengan budak kecik ni semuanya nak dipegang

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment