Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

3 May 2012

BANJIR KILAT DI KUALA LUMPUR


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !


KUALA LUMPUR: “Kejadian ini kali keempat berlaku dan paling teruk sejak tahun lalu,” kata Zalifah Jaafar, 54, seorang daripada 150 penduduk di Kampung Setia Jaya, Setapak, di sini, yang rumah mereka ditenggelami air sedalam 0.5 meter berikutan hujan lebat selama dua jam, petang semalam.

Banjir disebabkan hujan lebat selama dua jam bermula 2.30 petang itu menyebabkan sebahagian daripada 150 penduduk terbabit dipindahkan ke Dewan Umno Kampung Setia Jaya.


Zalifah berkata, banjir lumpur itu menyebabkan dia tidak sempat menyelamatkan barang dalam rumah selepas air naik mendadak.

Menurutnya, masalah banjir di kawasan itu ada kaitan dengan pelaksanaan projek perumahan atas bukit berhampiran kampung itu.


“Sebelum projek perumahan itu, jarang berlaku banjir lumpur seteruk kali ini, namun sejak pembinaan dimulakan sudah empat kali rumah kami dilanda banjir dan kejadian terbaru petang ini paling teruk.


“Kejadian sebelum ini pada September tahun lalu menyebabkan penduduk kerugian lebih RM50,000,” katanya ketika ditemui di pusat pemindahan sementara di Dewan Umno Kampung Setia Jaya.

Mangsa lain, Siti Maznah Abdul Aziz, 53, berkata, paras air yang naik mendadak menyebabkan dia sekeluarga tidak sempat menyelamatkan barangan elektrik dan perkakasan rumah.


“Saya anggarkan kerugian mencecah RM10,000 selepas semua barangan dalam rumah rosak. Selama 28 tahun tinggal di kampung ini, kejadian kali ini paling teruk,” katanya.

Sementara itu, penduduk di Bukit Permai dan Kampung Cheras Baru, di Ampang, yang terjejas akibat banjir turut dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh.


Penduduk Apartmen Intan, Abdullah Che Mat, 62, berkata, dia bimbang dengan kejadian tanah runtuh di belakang Blok 1 rumahnya sehingga menyebabkan beberapa pokok tumbang dan menghempap sebuah kereta Perodua Myvi milik seorang penghuni.


“Kejadian tanah runtuh ini yang pertama berlaku di sini sejak lebih 20 tahun saya tinggal di sini. Sebelum ini, tidak pernah berlaku kejadian seumpama ini.


“Keadaan ini menimbulkan keresahan penduduk kerana bimbang berlaku runtuhan lebih besar. Saya minta pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan insiden ini tidak berulang,” katanya ketika ditemui, semalam.


Selain itu, pihak berkuasa menutup sebahagian laluan masuk ke Jalan Bukit Permai, di sini, bagi melakukan kerja pembersihan apabila tanah runtuhan menutup sebahagian jalan sehingga menghalang lalu lintas.-METRO

PS-Gambar hiasan je kat atas tu

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment