Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

8 Apr 2012

MAT BANGLA DISEMBELIH SEBELUM DISAMUN PEROMPAK (KEJAM)


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Niat mencari pekerjaan di negara ini membawa malang kepada seorang lelaki warga Bangladesh apabila dia mati akibat leher dikelar sebelum disamun di rumah sewanya di Jalan Kuchai Lama, di sini, pagi semalam.

Md Rana, 23, baru tiba di negara ini 15 hari lalu dan menyewa di rumah itu bersama tujuh rakan senegaranya sementara dia mencari pekerjaan.


Dalam kejadian jam 9.45 pagi di rumah kedai blok 3, Jalan Kuchai 13, mangsa berseorangan di rumah sementara rakan lain keluar bekerja.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Aida Abdul Hamid berkata, mangsa berbual dengan rakan melalui telefon sebelum menyedari pintu rumah diketuk.


Katanya, sebaik membuka pintu, seorang suspek bersenjatakan parang dipercayai menerpa masuk dan mengelar leher mangsa hingga menyebabkannya mati di tempat kejadian sebelum menggeledah rumah itu.


“Pada masa sama, rakan mangsa yang terdengar jeritan mangsa menghubungi polis sebelum mangsa ditemui terbaring di ruang tamu dalam keadaan berlumuran darah,” katanya yang ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti sama ada perbuatan itu dilakukan orang yang mengenali mangsa atau orang luar.

MURAH !! DAPATKAN IPHONE 4S KAT SINI CEPAT SEBELUM KEHABISAN STOK

PERCUMA TRIP TO ITALY !!RM 200,000 UNTUK ANDA CUMA GUNA MINYAK SHELL JE

Katanya, polis belum menganggarkan kerugian dialami mangsa, namun akan menyoal siasat beberapa rakan mangsa yang dilaporkan bekerja ketika kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh,” katanya.


Polis meminta orang ramai yang ada maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Rakan Cop Polis KL di talian 03-21159999 bagi membantu siasatan.-METRO
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment