Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

6 Jan 2013

Isteri pantang bersalin, suami pantang tengok !!


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Isteri pantang bersalin , si suami pula pantang tengok .....

KANGAR - Seorang suami dilapor telah membelasah isterinya yang dalam pantang di rumah mereka di Kampong Repoh dekat sini awal pagi semalam, akibat cemburu.

Lelaki berumur 40 tahun itu bukan sahaja membelasah isterinya dengan lesung batu, kerusi dan bingkai gambar, malah membakar pakaian dan motosikal isterinya, yang baharu 40 hari melahirkan anak kedua mereka.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Abdul Rahman Mohd Noordin berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 5 pagi.

Si suami dikatakan baharu pulang dari Kuala Lumpur dan dia kini direman selama empat hari.

Mangsa yang berumur 27 tahun kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah di sini.

Abdul Rahman berkata kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan serta Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan menggunakan api.
Dia sampai kol 5 pagi tu , ada orang lain kat dalam bilik kot , tu yang pantang tengok tu , agak je , nak tahu cerita sebenar , pi tanya sendiri , kot dapat penumbuk sebiji .
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

2 comments:

L said...

erm.. mana satu kebenaran..

OKje said...

Tah pape je suami cam ni

Post a Comment