Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

3 Jan 2013

' Pontianak ' dihukum penjara


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Terkejut juga baca akhbar Metro hari , ' Pontianak ' dihukum penjara , betul ke ? Tak aih , pelakon drama  ' Anak Pontianak '   ditangkap atas kesalahan dadah , nak tau lebih lanjut baca petikan ni ....
Pelakon dan model kontroversi, Zarina Anjoulie dan rakan lelakinya dihadapkan ke ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan memiliki dadah jenis Eramin 5 seberat 0.6 gram, tiga hari lalu.
Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul dan rakan lelakinya, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, masing-masing berusia 27 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nazri Omran. 
Mengikut pertuduhan, pelakon drama bersiri ‘Anak Pontianak’ itu dan Mohamad Fakhruzaim didakwa bersama-sama memiliki dua pil Eramin 5 seberat 0.6 gram.
Mereka didakwa memiliki bahan terlarang itu di sebuah rumah beralamat Nombor C-3-10 Armanee Condominium, Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, di sini, pada jam 5.30 petang, 30 Disember 2012.
Bagi tuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Seronok sangat ka hisap dadah tu ? Lalok semacam ja , jangan buang anak tepi jalan dah le ....


Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

2 comments:

Miss Zahirah said...

dia ni lgi.. x abis2

abg cik said...

dia ni buat malu urg melayu dan org islam ja ...

Post a Comment