Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

30 Jan 2013

Budak kecik suka main misai dan janggut , kenapa ?


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Aku heran juga kenapa budak kecik suka main benda tajam , seperti bucu bantal , hujung kain selimut, dan terbaru janggut dan misai aku dia suka main , kenapa ekkk !! Aku dok cari dalam Google pun tak jumpa kenapa bebudak kecik suka benda tu , semua benda dia nak pegang , kenapa ?

Air mineral pun nak pegang , pendek kata ,apa yang kita pegang , dia pun nak pegang , kita pegang stering kereta dia pun nak juga , nasib baik kita nak berak dia tak masuk tengok , terbaru aku masuk bilik air , dia kunci dari luar hahaha .

Kalau kita nak buang sampah , dia pun nak buang sampah , kita nak buka peti ais dia pun nak buka , kita pegang pisau dia pun nak , bahaya tu !! Sebab tu kalau ada Huda (Gambar ) aku tak boleh nak buat apa-apa , nak lipat baju boleh la , itu pun kena bagi satu baju untuk dia main lipat-lipat , haru betul  ,semua dia nak buat . Bukan apa , itu adalah sebahagian dari proses pembelajaran, itu maksudnya dia seorang yang normal kan ?

Dan semalam dia tertidur tanpa perlu ditepuk-tepuk , sebab terlalu mengantuk , lega rasanya , masalahnya tak sempat nak tukar lampin ,baju dan seangkatan dengannya sebagai persiapan untuk tidur , terpaksa mak dia tukarkan , sebab nya mak dia ni tangan lembut sikit , dia gerenti tak jaga punya , aku tangan kasar sikit , nanti jaga pulak , Alhamdulillah , lena sampai pagi tadi , nak keluar gi keja masih tak jaga ....



Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

3 comments:

deno said...

ha'ah kan.. selalu mcm tu... anak buah deno tu, suka sgt main botol dan hanger.. sabo je la

Miss Zahirah said...

slalunya bla pgang stereng kete, ank buah merengek nk dduk kt riba semata2 nk berdepan dgn stereng..
bdak2 la ktakan bnda yg dia x prnh nmpk..
bla dia dh dpt abis sume dia discover...

hainom OKje said...

Huda ni muka b. ciklah.... sama.... anak bapak le tu...

Itulah... budak kecik jadikan kita dan perbuatan kita sebagai gurunya....

Post a Comment