Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

21 Jan 2013

Diet vs Kenduri


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Macam gempak je tajuk entri ni ,serba salah gak , nak diet , tapi bila kenduri tibai nasi semacam je , mentang le free , waduh problem , nak kurus camna ni , siang gi gym , malam makan nasi 2 pinggan , kalau kenduri tak gi salah , kalau dah gi tak makan salah , karang ada yg terasa lak , tak kan nak tengok saja lauk kenduri tu .

Kalau dah makan tak kan nak makan main-main tu , menda free tu , bukan senang dapat tu , gulai kawah tu , dah makan tak kan tak tambah , mesti tambah kan ? Habis makan nasi , gulai kawah , kurman daging , sambal belacan , ikan talang , makan pula pencuci mulut, cendol , pergh 2 gelas cendol aku tibai , itu pun dalam dok sakit demam selsema ni , kalau tak selsema komfom , 5 gelas cendol tu aku habiskan  .

Dan  seperti biasa selepas makan mesti jumpa tuan rumah , salam dulu sebelum balik , tak kan tak hulur sikit sepuluh dua , mesti kasi kan ? Bila pi runah mak , mak susah payah hidang nasi , bila nasi dah terhidang , tak kan tak makan ? Tak kan nak makan sikit , mak dah susah payah masak ni , mesti tambah kan ? Bila tambah sekali terasa masih lagi tak kenyang , tak kan malu nak tambah lagi sekali , rumah mak sendiri pun nak malu ? 2 kali tambah jadinya , lepas makan nasi , tengok lauk masih ada lagi , mak suruh habiskan , tunggu apa lagi , ratah lauk pula,  jangan dibazir menda free ni ,lepas ni dietlah balik ,  lepas makan langgah air 3 gelas , lepas tu tersandar kenyang , apa pun tak leh nak buat . Gitulah aktiviti aku hari ni , penuh dengan aktiviti makan , minggu depan ada kenduri lagi , makan lagi .....kesimpulannya , nak diet jangan sampai tak  makan , tapi berpada-pada , makan setakat kenyang je ....jangan lebih-lebih.....hehehe
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

2 comments:

OKje said...

Alamak b. cik... teringin pulak nak makan lauk kenduri kawen ni....

zack mus said...

gulai kawah woo sedap , rosak diet aku

Post a Comment