Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

3 May 2012

TAIPING PULA KENA BANJIR KILAT , 291 MANGSA BANJIR DIPINDAH


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Seramai 219 orang daripada 22 keluarga di daerah Taiping telah dipindahkan berikutan tiga buah kampung dinaiki air sedalam satu meter selepas hujan lebat petang semalam.
 
Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Yusof Mohd Diah berkata kesemua mangsa  mula dipindahkan pada pukul 8.20 malam tadi di tiga buah pusat pemindahan iaitu Dewan Orang Ramai Sungai Nibong, Sekolah Kebangsan Temerluk, Trong dan Dewan Orang Ramai Kampung Jawa, Padang Gajah.
 
Tiga buah kampung yang terbabit ialah  Kampung Baru, Kampung Masjid dan Kampung Simpang Temerluk, katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata hujan lebat bermula petang semalam menyebabkan air di Sungai Bemban dan Sungai Temerluk yang berhampiran kampung terbabit melimpah.

Operasi memindahkan mangsa banjir dilakukan oleh Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, polis, Rela dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. -- Bernama
 
PS- Gambar atas tak ada kena mengena dengan cerita, hiasan saja

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment