Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

9 May 2012

' SAYA TUMBUK ANJING TU 3 KALI TAPI IA TAK MELEPASKAN GIGITAN DI LEHER MANGSA ' KATA SAKSI SUSULAN WARGA EMAS MATI DIBAHAM ANJING KETIKA JOGGING


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

SUBANG JAYA: “Saya tumbuk anjing itu tiga kali, tapi ia tidak melepaskan gigitan di leher mangsa,” kata lelaki dikenali sebagai Eddy yang juga saksi seorang warga emas mati akibat dibaham seekor anjing ketika berjoging di kawasan rumahnya di SS19/5B, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.50 pagi itu, mangsa, Yip Sin Hua, 74, mati di tempat kejadian selepas parah di leher manakala telinganya hancur akibat gigitan anjing jenis Miniature Bull Terrier Cross yang terlepas keluar melalui tempat membuang sampah rumah pemiliknya di kawasan perumahan sama.

Yip gemar berjoging di kawasan perumahan itu sejak lebih 20 tahun lalu dan semalam, ketika melalui jalan di tempat kejadian yang hampir dengan rumahnya di SS19/5E, dia diserang seekor anjing.

Eddy, 44, berkata, dia melalui jalan berkenaan dengan menaiki kereta dan terkejut apabila melihat seorang warga emas bergelut dengan seekor anjing.


“Saya memberhentikan kereta dan turun untuk membantu. Selepas usaha saya menumbuk haiwan itu tiga kali gagal, saya kembali ke kereta untuk mengambil kayu. Ketika itu datang seorang wanita dan dia memukul anjing itu beberapa kali dengan meja kayu.-METRO

Arau Blogger- saya pun suka jogging juga , tapi dok beringat-ingat sepanjang masa
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment