Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

4 May 2012

' MIE BODO ' DICEKUP POLIS DI FELDA KERATONG ( KES DADAH )


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !


ROMPIN: Seorang lelaki dikenali dengan nama ‘Mie Bodo’ yang menjadi buruan polis sejak lima tahun lalu selepas dipercayai terbabit dengan sindiket pengedaran dadah ditahan bersama tiga rakannya dalam serbuan di sebuah rumah di Felda Keratong 4, tengah malam kelmarin.

Dalam serbuan jam 12.30 tengah malam diketuai Inspektor Mohd Haryadi Kasah bersama tujuh anggota serta tiga anggota Rela, polis merampas heroin seberat 35 gram dan syabu seberat 1.5 gram sedang dibungkus sebelum diedar kepada penagih tempatan.


Difahamkan, lelaki itu dipercayai dalang utama satu sindiket pengedaran dadah terbesar di daerah ini dan dikategorikan sebagai individu paling dikehendaki polis selepas beberapa usaha menahannya sebelum ini gagal.

Mohd Haryadi berkata, ketiga-tiga lelaki ditahan bersama suspek utama itu berusia lingkungan 21 hingga 36 tahun dan dipercayai bersekongkol mengedar dadah sekitar Rompin.

“Ketika intipan dilakukan, polis mendapati mereka leka membungkus dadah dalam peket kecil sebelum diedarkan kepada penagih di sekitar daerah ini. Sebelum serbuan, polis terlebih dulu mengepung rumah berkenaan bagi mengelak mereka melarikan diri.

“Dalam serbuan sama, polis turut merampas sebuah motosikal Yamaha LC 135 dipercayai digunakan seorang daripada suspek yang ditahan,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan rekod, seorang daripada suspek baru dua setengah bulan dibebaskan dari lokap selepas ditahan dalam satu operasi sebelum ini.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan,” katanya.-METRO

PS-Tumpas satu sindiket dadah



Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment