Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

10 May 2012

' AYAH TAK RASA GAJI PERTAMA SAYA ' PEKERJA BANK KEMATIAN AYAHNYA SELEPAS DILANGGAR PROTON PERSONA


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

SEREMBAN: “Saya terkilan kerana tidak dapat memenuhi hasrat hati untuk memberikan wang gaji bulanan kepada arwah yang turut sempat berpesan supaya bekerja dengan tekun dan tidak main-main,” kata Rozaimin Zulkifli, 20, anak kepada seorang lelaki warga emas yang maut dalam kejadian langgar lari di Taman Ampangan, di sini, semalam.

Kejadian berlaku ketika mangsa, Zulkifli Alias, 61, dalam perjalanan menuju ke stesen komuter di sini untuk pergi ke tempat kerjanya di Petaling Jaya, Selangor.


Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, ketika berada di satu simpang di taman itu, mangsa yang menunggang motosikal Modenas Kriss bersendirian dirempuh sebuah kereta Proton Persona dipandu seorang lelaki warga asing berusia 20-an. Perlanggaran dari arah tepi itu dikatakan menyebabkan mangsa terjatuh manakala kereta berkenaan terbabas lalu melanggar tiang lampu di kawasan terbabit.

Mangsa yang mengalami kecederaan dalaman meninggal dunia di tempat kejadian manakala lelaki asing itu melarikan diri. Menurut Rozaimin yang baru bekerja di sebuah bank di Lukut, Port Dickson dia tersentak apabila diberitahu penduduk setempat mengenai kemalangan itu kira-kira jam 6.40 pagi.


“Saya kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan luluh hati ini apabila bapa sudah berada di dalam jip polis untuk dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS),” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat HTJS, semalam.


Anak sulung daripada lima beradik itu, berkata dia dan bapanya itu sempat meluangkan masa menonton perlawanan bola sepak di rumah mereka di taman berkenaan, malam kelmarin.

“Pada waktu itu, arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara kecuali sempat bermesra dengan cucunya dan pernah berpesan kepada saya supaya bekerja dengan baik.


“Saya sedih kerana tidak berpeluang memberi sedikit wang melalui gaji pertama kepadanya dan reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya yang berharap individu melanggar mangsa supaya tampil ke depan.

Rozaimin berkata, jenazah Allahyarham yang bekerja sebagai pengurus sebuah pangsapuri di Petaling Jaya dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Sikamat. Sementara itu, jurucakap polis berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di talian 06-6033394 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.Pegawai Turus Trafik Negeri Sembilan, Asisten Superintendan Abd Halil Hamzah mengesahkan kejadian itu.-METRO
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment