Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

16 Dec 2011

Terkini: Cuepacs Bantah SBPA Jangan Tandatangan !!!


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Cuepacs bertindak membantah SBPA..so kakitangan awam jangan tandatangan lagi borang Opsyen SBPA sehingga diberitahu…rupanya betullah call yang diterima pagi tadi supaya jangan tandatangan borang Opsyen SBPA kerana ianya dikatakan tidak adil untuk kumpulan perlaksana (kumpulan sokongan )…

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Cuepacs hari ini mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan perdana menteri minggu depan.

Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya bukan menolak SBPA tetapi membantah pelaksanan opsyen kerana tidak cukup maklumat dan kurang penjelasan khususnya perubahan gaji.

 “Kami memutuskan untuk membantah pelaksanaan opsyen SBPA, kita mahu jumpa perdana menteri pada 19 Disember ini,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Perlis.

Seramai 1.4 juta kakitangan awam diberi masa dua minggu mulai esok untuk menerima opsyen sistem SBPA.
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment