Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

25 Dec 2011

Shabery Cheek Minta Safee Bertenang Hadapi Isu Pengharaman ISL


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Penyerang handalan negara Safee Sali yang bermain dengan Kelab Pelita Jaya di Indonesia dinasihat supaya bertenang sebelum membuat sebarang keputusan tentang kariernya dengan kelab tersebut.


Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata Safee perlu membiarkan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) menyelesaikan masalah dalaman mereka dahulu.

"Buat masa sekarang saya tidak fikir Safee patut susah hati. Cuma kita perlu lihat kalau benar berkara itu (pengharaman kejohanan Liga Super Indonesia (ISL), apakah implikasinya kepada Safee," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau diminta mengulas tentang isu yang timbul berikutan laporan portal berita akhbar Repulika, Indonesia bahawa ISL telah menerima status haram oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Namun pengharaman itu belum disahkan secara rasmi oleh mana-mana pihak.
Ahmad Shabery yakin masalah itu akan dapat diselesaikan oleh PSSI kerana jika tidak ia juga akan menjejaskan pemain utama dari republik berkenaan seperti Christian Gonzales, Bambang Pamungkas, Boaz Salossa dan Firman Utina.-- BERNAMA
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment