Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

10 Dec 2011

Penjawat Awam Berprestasi Rendah Disiasat


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Penjawat Awam Berprestasi Rendah akan Disiasat…aku suka ni,bagi kepada yang betul-betul nak kerja..korang dalam kategori mana eh..hehehe.Tapi kan kalau penjawat awam tu bakat dia meniaga MLM…Korang rase elok dia di letakkan di jabatan mana..hehehe.cerita lanjut di bawah.


Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, satu panel khusus akan diberi tempoh enam bulan untuk melakukan siasatan berkenaan 15,400 kakitangan awam yang mencatatkan prestasi rendah iaitu mendapat markah penilaian 69 peratus ke bawah.Siasatan itu turut membabitkan kemungkinan kakitangan terbabit mempunyai sebab tertentu mendapat prestasi rendah.

Siasatan panel khas itu akan menyeluruh, mereka akan memberi cadangan sama ada mungkin memindahkan mereka ke jabatan lebih sesuai dengan bakatnya  atau mereka mungkin diminta bersara awal sekiranya didapati mempunyai rekod prestasi buruk bagi tempoh yang lama dengan mengambil kira rekod tahun terdahulu secara berturut-turut.

Bagaimanapun, katanya, fenomena itu bukan isu besar bagi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kerana sebahagian besar kakitangan awam memiliki rekod prestasi baik iaitu melebihi 70 peratus berdasarkan kepada sampel laporan prestasi tahun lalu yang dibuat ke atas 131,196 penjawat awam atau kira-kira 10 peratus daripada jumlah keseluruhan kakitangan awam.

Daripada laporan itu, 39 peratus (546,000) penjawat awam mendapat markah prestasi 90 peratus; 55.6 peratus (778,400) mendapat markah antara 80 hingga 89 dan 4.3 peratus (60,200) mendapat antara 70 hingga 79 markah.
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment