Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

11 Dec 2011

15,400 PENJAWAT AWAM BERPRESTASI RENDAH DISIASAT


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Kira-kira 15,400 kakitangan awam yang mencatatkan prestasi rendah iaitu mendapat markah penilaian 69 peratus ke bawah, tidak akan sewenang-wenangnya diminta bersara awal, sebaliknya kelemahan itu akan disiasat panel khusus bagi mengelakkan penganiayaan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, berkata panel itu diberi tempoh enam bulan untuk melakukan siasatan berkenaan yang membabitkan 1.1 peratus daripada 1.4 juta kakitangan awam di seluruh negara. Katanya, siasatan itu turut membabitkan kemungkinan kakitangan terbabit mempunyai sebab tertentu mendapat prestasi rendah. “Siasatan panel khas itu akan menyeluruh... kita melihat semua perkara termasuk bakat dan kemampuan kakitangan terbabit dan hanya selepas itu, panel akan memberi cadangan sama ada mungkin memindahkan mereka ke jabatan lebih sesuai dengan bakatnya.

“Mereka mungkin hanya diminta bersara awal sekiranya didapati mempunyai rekod prestasi buruk bagi tempoh yang lama dengan mengambil kira rekod tahun terdahulu secara berturut-turut,” katanya ketika dihubungi semalam.

Bagaimanapun, katanya, fenomena itu bukan isu besar bagi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kerana sebahagian besar kakitangan awam memiliki rekod prestasi baik iaitu melebihi 70 peratus berdasarkan kepada sampel laporan prestasi tahun lalu yang dibuat ke atas 131,196 penjawat awam atau kira-kira 10 peratus daripada jumlah keseluruhan kakitangan awam.

Daripada laporan itu, katanya, 39 peratus (546,000) penjawat awam mendapat markah prestasi 90 peratus; 55.6 peratus (778,400) mendapat markah antara 80 hingga 89 dan 4.3 peratus (60,200) mendapat antara 70 hingga 79 markah.

Beliau mengulas laporan akhbar berkaitan isu penjawat awam yang berprestasi rendah dengan markah 70 peratus ke bawah, akan diminta bersara awal apabila skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dilaksanakan mulai 1 Januari depan. -Berita Harian

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment