Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

11 Dec 2011

BIAYA GRATUITI : KP JPA LARANG EJEN BANK HADIR SEMINAR PRAPERSARAN


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengambil tindakan segera semalam dengan mengeluarkan arahan agar tidak membenarkan mana-mana wakil atau ejen bank hadir sama majlis prapersaraan bagi mengelakkan gambaran bahawa agensi itu merestui tindakan menjadikan wang gratuiti sebagai cagaran mendapatkan pembiayaan insitusi kewangan.

Arahan itu dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah (gambar) kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan Awam ekoran dakwaan bahawa ada bank yang menghadiri seminar prapersaraan yang diadakan di seluruh negar, sejak beberapa bulan lalu, turut dihadiri eje-ejen sebuah bank tempatan, untuk menarik bakal pesara mengambil pembiayaan bagi tempoh tertentu dengan menggunakan gratuiti sebagai cagaran.

Bank terbabit didakwa menyediakan Skim Gratuiti dengan pembiayaan antara RM10,000 hingga RM200,000 dengan kadar keuntungan adalah tetap, sepanjang tempoh pembiayaan, sebanyak 6.75 peratus setahun.

Sebagai contoh, jika seseorang mendapat pembiayaan RM10,000 dengan tempoh pembiayaan selama tiga tahun, anggaran jumlah yang perlu dibayar kepada bank terbabit adalah sebanyak RM12,025.

Di bawah skim berkenaan tiada bayaran bulanan perlu dibuat tetapi penyelesaian adalah secara “bullet payment” atau “lump sum payment” iaitu ditolak daripada jumlah gratuiti yang dikreditkan oleh JPA ke akaun simpanan bank berkenaan selepas bersara.

“Mereka biasanya ikut sama, saya sudah periksa perkara. Saya minta Bahagian Pasca Persaraan ambil tindakan memastikan tiada ejen bank atau bank ikut sama mana-mana majlis prapersaraan yang diadakan oleh JPA selepas ini,” kata beliau dalam arahan diberikan dengan serta-merta kepada pengarah bahagian tersebut, Datuk Yeow Chin Kiong semalam.

Terdahulu Abu Bakar diajukan soalan oleh The Malaysian Insider mengenai isu berkenaan ekoran aduan daripada pihak-pihak tertentu mengenai beberapa pembiayaan kepada bakal pesara termasuk skim pesara dengan kebimbangan bahawa ia akan membawa kepada masalah baru kepada bakal pesara dan pesara.

“Sepatutnya wang gratuiti digunakan untuk membantu seseorang kakitangan awam apabila bersara kelak, bukannya menambah beban kewangan.

“Saya saya risau apabila nama JPA digunakan,” kata seorang bekas pemimpin kanan Cuepacs yang menambah bahawa kakitangan awam yang akan bersara dalam tempoh satu hingga lima tahun menjadi sasaran bank.

Abu Bakar dan Yeow ditemui pada majlis pelancaran pekeliling sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) di Putrajaya semalam.

Abu Bakar menegaskan bahawa gratuiti dan pencen adalah satu pembayaran yang terus dibayar terus kepada seseorang kakitangan awam yang bersara dan tidak boleh “disentuh” oleh pihak lain kecuali dalam kes-kes tertentu.

Mengulas lanjut perkara itu, Yeow berkata, bahagian tersebut tidak boleh menghalang jika kakitangan awam yang bersara membuka akaun di mana-mana bank pilihan mereka.

“Ini termasuklah dalam kes ini di mana, bank berkenaan memberi pembiayaan dan bayaran gaji, gratuiti dan pencen masuk ke dalam bank berkenaan,” katanya.

Menurut Abu Bakar, seseorang kakitangan awam boleh menukar akaun bank mereka, yang digunakan untuk menyalurkan pembayaran, sebanyak mana pun jika mereka mahu.

“Kita tidak boleh menghalang kakitangan berkenaan daripada berbuat demikian. Itu hak mereka, dan mengubah nombor akaun bank, buka akaun baru dan serah kepada akauntan jabatan untuk urusan pembayaran,” kata Yeow.

Tambah Yeow, pihaknya juga selama ini tidak dapat menghalang kehadiran ejen-ejen bank pada majlis anjuran mereka.

“Mereka datang, kami tidak boleh halang. Tetapi dengan arahan Ketua Pengarah ini, kami akan mengambil tindakan tegas.

“Kemungkinan Bank Negara juga boleh mengambil tindakan jika pendekatan sebegini digunakan oleh bank-bank untuk memikat bakal pesara, sebab mereka terikat dengan peruntukan undang-undang Bafia... sepatutnya gratuiti adalah bayaran kepada kakitangan awam yang bersara, tidak harus (diusik)... oleh mana-mana pihak,” kata Yeow lagi.

Bekas setiausaha agung Cuepacs Ahmad Shah Mohd Zin berkata pihaknya memang ada mendengar perkara itu.

“Sebenarnya perkara ini sudah lama wujud, tak silap saya sudah tiga tahun.

“Tetapi tiada apa-apa tindakan, tidak dibawa ke Cuepacs, tidak dibincangkan... sepatutnya pesara tidak wajar dibebankan dengan pembiayaan-pembiayaan dengan menggunakan gratuiti sebagai cagaran,” katanya lagi.-ceupacs.blogspot.com 
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment