Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

28 Dec 2011

ASN: PNB umum agihan 6.05 sen seunit


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Seramai 1.2 juta pelabur Sekim Amanah Saham Nasional (ASN) akan memperoleh agihan pendapatan sebanyak 6.05 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.

Agihan itu mewakili kenaikan sebanyak 0.05 sen seunit berbanding 6.00 sen seunit yang diberikan pada tahun lalu. Pengerusi Permodalan Nasional Bhd. (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, pengagihan pendapatan itu membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM92.8 juta.


Sehingga kini sebanyak 1.5 bilion unit ASN telah dilanggan.Menurut beliau, ASN telah memperoleh pendapatan kasar berjumlah RM114.67 juta dengan hasil keuntungan penjualan saham menyumbang RM58.71 juta.

''Pendapatan dividen daripada pelaburan dalam saham menyumbang sebanyak RM43.33 juta dan selebihnya RM12.63 juta daripada lain-lain pendapatan,'' katanya pada sidang akhbar pada majlis pengumuman ASN di sini hari ini.

Hadir sama Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.Katanya, pengiraan pendapatan ASN adalah berdasarkan pegangan unit pada 31 Disember 2011.

Ahmad Sarji berkata, pembayaran agihan pendapatan itu akan dilaburkan secara automatik dan dikreditkan dalam buku pelaburan pemegang unit, berdasarkan nilai aset bersih ASN pada 31 Disember 2011.

Semua urus niaga bagi ASN ditangguhkan mulai hari ini sehingga 2 Januari 2012 dan buku pelaburan boleh dikemas kini di semua pejabat Amanah Saham Nasional Bhd dan ejen-ejennya di seluruh negara mulai 3 Januari ini.

Sementara itu, Hamad Kama Piah berkata, PNB memperuntukkan RM9 bilion untuk agihan pendapatan kesemua sembilan skim unit amanahnya sepanjang tahun ini.

Katanya, daripada jumlah itu, RM7 bilion diperuntukan bagi skim Amanah Saham Bumiputera dan bakinya untuk unit-unit amanah yang lain.

Ditanya tentang keupayaan PNB mengekalkan pulangan kompetitif, Hamad Kama Piah berkata: ''PNB sentiasa memantapkan portfolionya dari semasa ke semasa''.

Tegas beliau, langkah itu perlu untuk memastikan PNB sentiasa mendapat pulangan terbaik dalam saham-saham terpilih.

''Sebagai peserta jangka panjang, prestasi turun dan naik pasaran adalah perkara biasa tetapi pemilihan portfolio saham adalah penting kerana ia menentukan pulangan kompetitif,'' jelasnya.

Aset di bawah pengurusan PNB kini berjumlah RM190 bilion.-Utusan
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment