Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

1 Dec 2011

Jadilah 'Orang Umno' Yang Taat Dan Setia, Tidak Khianati Parti


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mahu anggota Umno bukan sekadar menjadi anggota tetapi 'orang Umno' yang taat dan setia kepada parti serta tidak sekali-sekali mengkhianati parti.

Sebagai 'orang Umno', katanya mereka hendaklah mempamerkan perwatakan itu melalui tindak-tanduk serta sistem nilai yang dipegang iaitu taat setia, tidak khianat, cinta dan kasih dan berkhidmat tanpa jemu dan berkorban kepada perjuangan parti.


"Kita faham, adalah lumrah dalam sesebuah parti, mesti timbul perbezaan pendapat. Apa yang penting, kelainan pandangan itu, seharusnya membawa rahmat dan bukannya mengundang mudarat," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden di hadapan lebih 2,700 perwakilan dan pemerhati pada Perhimpunan Agung Umno 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Dalam berijtihad, katanya orang Umno harus mencipta kebaikan dalam parti.

Beliau berkata mengambil faham pengertian setia dan taat melalui syura dan musyawarah seperti difirmankan dalam Surah An-Nisa' iaitu apabila keputusan telah dibuat, jika tidak menyalahi syariat, maka wajiblah ditaati.

Ketika mengupas pengertian menjadi orang Umno dalam konteks taat dan setia itu, Najib mengambil contoh ketaatan panglima perang Islam seperti Khalid al-Walid dan Usamah bin Zaid.

"Contohnya, kita mahu pengikut seperti Khalid al-Walid yang taat mengundur diri sebagai panglima perang apabila diarahkan oleh Khalifah dan hanya ikut serta sebagai soldadu biasa, sekalipun sedang berada di kemuncak karier. Menurut sejarahnya, (Khalid al-Walid) tidak pernah kalah perang.

"Seterusnya, Usamah bin Zaid, seorang anak muda belasan tahun yang setia menurut arahan mengepalai pasukan tentera Islam walaupun beliau bukanlah seorang panglima yang berpengalaman di medan perang.

"Inilah dia, watak, dan keperibadian pejuang sejati yang kita inginkan dalam susuk diri orang UMNO," katanya.

Najib berkata orang Umno yang taat dan setia tidak akan menikam dari belakang.

"Orang Umno harus melihat parti sebagai satu-satunya wadah yang mampu membela untung nasib orang Melayu.

"Dalam berusaha pula, sebagai tanda kasih, orang Umno sewajibnya bersemangat dan tidak sesekali mengecewakan parti yang dicintai," katanya.

Memberikan analogi ibarat orang sedang bercinta, Najib berkata cinta dalam berorganisasi memerlukan orang Umno mempunyai cinta yang satu sahaja kepada parti, tidak boleh cinta poligami, tidak boleh cinta berbelah bagi atau "kata orang Indonesia berbagi cinta... tak mungkin Pak...engga' bisa Pak..."

Najib berkata orang Umno adalah orang sanggup berkhidmat tanpa jemu dan berkorban di mana pengorbanan adalah satu sifat yang harus sebati di dalam diri orang Umno.

Beliau turut mengingatkan angggota Umno harus menunjukkan keikhlasan berkhidmat kepada rakyat berdasarkan prinsip persalingan.

Katanya rakyat sentiasa memerhati, mengadili, merasa dan mendengar tingkah laku orang Umno walaupun di dalam senyap dan diam.

"Mahu tidak mahu, orang UMNO harus berusaha tanpa jemu. Biar berdepan apa pun cabaran, pastikan UMNO menang, biar dilintang apapun dugaan, orang UMNO mesti terus berdamping dengan rakyat. Sedarlah kita bahawa, dalam sistem demokrasi, tidak ada tempat kedua. Kita wajib jadi juara.

"Kesimpulannya, kemuncak pengorbanan adalah menjunjung kepentingan dan maruah parti, bukannya kepentingan dan maruah peribadi," katanya.-Sumber BERNAMA
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment