Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

25 Dec 2011

Permohonan MyKad Sumaiyah Syahidah Anak Mufti Perlis Telah Siap Untuk Dikutip


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Permohonan MyKad Sumaiyah Syahidah, yang dilapor dikritik bapanya, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya, setelah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendakwa kanak-kanak perempuan itu bukan warganegara Malaysia, telah siap dan sedia untuk dikutip.


Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tan Sri Mahmood Adam berkata siasatan di JPN Kuching mendapati ia merupakan masalah komunikasi di kalangan kakitangan kaunter.

"Selepas disiasat, masalah yang berlaku di pejabat JPN Sarawak seperti dibangkitkan Dr Juanda adalah lebih kepada masalah komunikasi kakitangan kaunter yang kurang cekap untuk memberikan penjelasan terperinci berhubung mengapa pengemaskinian rekod peribadi perlu dibuat untuk permohonan dokuman berstatus tertentu," katanya dalam satu kenyataan.

Hal tersebut berkaitan dengan arahan berhubung Tatacara Pengendalian Permohonan Kad Pengenalan Kanak-Kanak 12 Tahun Yang Mempunyai Masalah Berkaitan Dengan Taraf Warganegara, yang dikuatkuasakan mulai 11 Jun 2009 bagi perkahwinan antara lelaki warganegara Malaysia dengan wanita rakyat asing, katanya.

Berdasarkan arahan itu, status anak hasil perkahwinan lelaki warganegara Malaysia dengan wanita rakyat asing perlu dikemas kini untuk tujuan permohonan kad pengenalan kali pertama.

Mahmood berkata ibu atau bapa perlu mengemukakan salinan sijil nikah atau sijil kahwin bagi pengesahan sebelum kad pengenalan dikeluarkan.

Dalam kes ini, beliau berkata isteri Dr Juanda adalah warganegara Indonesia dan pasangan itu mempunyai enam anak yang lahir pada 1997,1999,2000,2004,2006 dan 2010.

"Berdasarkan semakan JPN, semua rekod kelahiran mereka kecuali Sumaiyah telah dikemas kini sebelum surat arahan berhubung tatacara tersebut dikuatkuasakan.

"Manakala pengemaskinian rekod kelahiran Sumaiyah (anak ke-2) yang lahir pada 14 Jun 1999, dibuat pada 12 Jun 2009 sehari selepas arahan itu berkuat kuasa," katanya.-Bernama
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment