Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

3 Dec 2011

Penerokaan tanah di Hutan Simpan Hulu Sg Jelok punca banjir kilat di Kajang


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Masalah sistem peparitan gagal menampung jumlah pengaliran air hujan dan penerokaan tanah bagi tujuan pertanian di kawasan Hutan Simpang Hulu Sungai Jelok antara beberapa punca berlakunya kejadian banjir kilat di Kajang.


Yang diPertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Datuk Hassan Nawawi Abd Rahman berkata, beberapa kawasan sekitar Kajang terutamanya di Pasar Kajang mengalami banjir kilat yang teruk dalam sejarah selepas kejadian yang sama berlaku 40 tahun sebelum ini.

“Berdasarkan maklumat awal yang diterima beberapa kawasan sekitar Kajang iaitu Pekan Kajang, Pasar Kajang dan Sungai Kantan mengalami kejadian banjir kilat yang teruk disebabkan hujan lebat dalam tempoh dua jam.

“Beberapa faktor utama yang telah menyebabkan kejadian ini berlaku antaranya masalah sistem peparitan gagal menampung jumlah pengaliran air hujan dan penerokaan tanah bagi tujuan pertanian di kawasan Hutan Simpang Hulu Sungai Jelok, dekat sini”, katanya ketika ditemui melakukan tinjaun dilokasi kejadian, semalam.

Menurutnya, berdasarkan maklumat yang diterima, keadaan hujan pada kali ini adalah sesuatu yang luar biasa iaitu 71 milimiter (mm) dan ia melebihi tahap amaran untuk banjir iaitu 60 milimiter.

“Kebiasannya hujan turun sekitar purata 40 mm sahaja dan sekiranya ia turun pada peringkat 60 mm kita perlulah berjaga-jaga untuk banjir namun kali ini ia turun pada kadar 71 mm dan hanya mengambil masa kira-kira lima hingga 10 minit untuk memenuhi  sekitar Pasar Kajang.

“Keadaan air yang naik mendadak ini menyebabkan kebanyakkan pemilik kenderaan yang datang menjalani urusan seharian di Kajang gagal menyelamatkan kenderaan mereka dan ada diantaranya dihanyutkan oleh arus air”, katanya.
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment