Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

25 Dec 2011

855 Mangsa Banjir Masih Berada Di 24 Pusat Pemindahan Di Johor


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
 Mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan di Johor berkurangan kepada 855 orang pada malam berbanding 1,113 orang pada petang.

Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara, sehingga pukul 10 malam, kesemua mereka berada di 24 pusat pemindahan iaitu 13 di Segamat, empat di Batu Pahat dan Mersing, dua di Pontian manakala satu di Kluang.



Laluan jalan tanah merah menuju ke Kampung Orang Asli Peta di Taman Negara Endau Rompin masih terputus hubungan dan hanya boleh dihubungi melalui bot dan pengangkutan udara.

Sementara itu menurut portal Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, air di beberapa batang sungai masih melebihi paras bahaya.

Sungai Muar di Bukit Kepong, Muar mencatat 3.30 meter, Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat (9.40 meter), Sungai Lenik di Ladang Chaah, Batu Pahat (5.84 meter), Sungai Muar di Kampung Awat, (19.81 meter), Sungai Bekok di Empangan Bekok, Batu Pahat (16.88 meter) dan Sungai Senggarang, Batu Pahat (3.27 meter).-- BERNAMA
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment