Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

2 Dec 2011

Bila bantuan RM500 akan dibayar ?


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Berita baik buat keluarga yang berpendapatan RM3, 000 sebulan dan ke bawah. RM500 tunai akan dibayar pada bulan Januari tahun hadapan. Ini bermakna, ada sebulan lagi untuk membuat permohonan.


Anda mungkin tertanya-tanya, adakah anda layak menerima bantuan RM500 ini atau tidak? Berikut adalah sedikit maklumat mengenai bayaran bantuan ini:

Syarat-syarat kelayakan:
 
-Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan kebawah.
-Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada      ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga merangkumi individu berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa.
-Ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga itu turut merangkumi ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
 -Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan dan warga emas sebatang kara.
 -Ketua isi rumah yang bekerja sendiri juga layak untuk membuat permohonan.


Bila permohonan akan dibuka, dan dimana borang boleh didapati:
 
-Permohonan Bantuan RM500 dan borang  Bantuan RM500 boleh didapati dan dimohon pada 10 Disember 2011 ini. Tempoh pendaftaran permohonan bantuan tunai RM500 adalah selama satu bulan.
-Borang-borang pendaftaran untuk Borang Bantuan RM500 boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut di JabatanPembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil DalamNegeri (LHDN) serta agensi-agensi kerajaan.


Dokumen yang diperlukan untuk permohonan tersebut:
 
-Borang yang lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan perlu diserah untuk proses pendaftaran


Tarikh Pembayaran Bantuan:

 -Pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012.

Sebagai panduan, ini adalah ringkasan proses permohonan bantuan isi rumah RM500 ini:

 -Dapatkan borang permohonan bantuan di JabatanPembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) (DOWNLOAD borang di laman web LHDN) mulai 10 Disember 2011.
 -Isi borang dengan lengkap beserta kad pengenalan ke pejabat LHDN atau Jabatan yang telah disebutkan diatas.
 -Tunggu jawapan anda sama ada permohonan itu berjaya atau tidak.
 -Wang bantuan isi rumah akan dikreditkan melalui bank terpilih mulai Januari 2012 jika berjaya.

P/s: Sekiranya ada isi rumah yang bekerja sendiri, duda, ibu tunggal (yang ada tanggungan) dan warga emas yang tinggal sebatang kara di kampung anda yang mahu memohon bantuan ini, adalah lebih baik ditemani oleh anak-anak mereka..ini kerana mereka juga layak untuk memohon bantuan RM500 ini. Kalau belum tau, call orang kampung sekarang jugak! Huhu..

P/s Tambahan: Jangan terpedaya dengan sesiapa sahaja yang kononnya agen LHDN yang akan menjual borang permohonan kepada anda kerana itu satu penipuan, borang permohonan ini adalah percuma dan tiada agen yang dilantik oleh LHDN!

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment