Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

18 Dec 2011

Apa Itu Facebook Timeline Dan Cara Aktifkan


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Gambar kat atas adalah contoh facebook timeline yang cool. Facebook Timeline atau bermaksud kronologi dalam facebook profile adalah topik hangat yang sedang diperkatakan. Facebook timeline mula diperkenalkan pada hujung bulan September 2011 kepada pembuat pembuat aplikasi facebook. Facebook timeline kemudian berkembang dan boleh dicuba oleh pengguna biasa “yang bijak ” dengan hanya beberapa langkah melalui penggunaan sistem aplikasi facebook. Kredit kepada nescafeais.com

Sekiranya korang sudah menukar profile ke facebook timeline. Ia akan kekal dan tidak boleh ditukar kembali. Bermula 8 Disember. facebook juga telah mengumumkan penggunaan facebook timeline ini secara meluas bermula  22 Disember 2011.

Fungsi terbaru facebook ini akan memberikan impak yang besar kepada pengguna facebook. Pasti ada yang menyukainya dan ada juga yang tidak (kalau tanya aku..memang aku tak suka). Tetapi korang tiada pilihan untuk menggunakan fungsi yang asal kerana facebook ada kuasa mutlak untuk menukar apa sahaja (dah diorang punye).

Pada 22 Disember 2011 nanti, semua profile pengguna Facebook akan berubah ke Facebook Timeline. Jadi eloklah korang mengaktifkannya sekarang  kerana korang perlu membiasakan diri untuk menggunakan facebook timeline ini dan untuk mengelakkan korang terlupa mengubah privacy setelah Timeline diaktifkan pada 22 Disember nanti.

Facebook timeline ini sebenarnya tidak banyak berbeza dengan profile yang asal. Nanti kalau dah aktifkan atau tukar ke Facebook Timeline..korang ketik-ketik la sendiri.

Keburukan facebook timeline

-Status lama-lama anda yang terdedah boleh juga membawa kepada pergaduhan atau prasangka buruk teman teman yang melihatnya.

-Korang perlu setting kembali privacy korang seolah Privacy seseorang seperti diketepikan sama sekali

Kelebihan facebook timeline

-Anda boleh memaparkan “cover” atau banner (macam header blog) yang terletak pada bahagian atas profile itu. Saiz cover terbaik (851px x351px). Penambahan cover ini solah-olah seperti di dalam blog.

Ok..cerita banyak pun tak guna..nanti korang bosan,,follow step kat bawah kalau nak tukar atau aktifkan ke Facebook Timeline,…atau korang tunggu je 22 Disember 2011,profil korang automatik berubah nanti.

Cara Nak Tukar Ke Facebook Timeline -

-Pergi ke laman web ni – FACEBOOK TIMELINE

-Klik Get Timeline – Anak panah 1
-Korang akan dibawa ke Profil Facebook korang – versi preview – korang je yang boleh nampak profil korang berubah te Timeline

-Take a Tour – korang dibawa berjalan..

-Klik publish now – Kalau korang dah tak sabar nak guna Aplikasi Facebook Timeline ni dan nak bertukar terus ke Timeline- (elok korang tukar sekarang, jadi korang boleh tukar setting PRIVASI korang).

Mudah je kan…
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment