Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

30 Dec 2011

Jalan Serian - Sri Aman terputus hubungan


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Jalan Trans Borneo yang menghubungkan Serian dan Sri Aman ditutup kepada semua lalu lintas malam tadi berikutan kejadian tanah mendap di Kilometer 77, Kampung Semukoi, Balai Ringin dekat sini.


Kejadian itu menyebabkan sepanjang 200 meter jalan raya di kawasan berkenaan rosak teruk.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden yang berlaku kira-kira pukul 9.35 malam itu.

Sebaik sahaja menerima laporan orang awam, pihak berkuasa termasuk polis dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bergegas ke tempat kejadian untuk mengawal lalu lintas yang tergendala.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu berkata, laluan berkenaan telah dibaiki dan kini dibuka satu lorong untuk kenderaan ringan.

"Di Balai Ringin sekarang boleh dilalui dengan satu lorong sahaja dan kita harap kedua-dua lorong dapat digunakan dalam masa terdekat ini.

"Punca kejadian adalah lapisan tanah yang terjejas berikutan hujan tanpa henti beberapa hari lalu," katanya pada sidang akhbar di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana negeri berkata, keadaan lalu lintas di Jalan Trans Borneo adalah terkawal kerana terdapat laluan alternatif yang boleh digunakan iaitu Jalan Mentung/Muram.

Katanya, JKR juga telah mengeluarkan nasihat supaya pengguna jalan raya dengan muatan berat mengelakkan daripada melalui kawasan jalan yang tanahnya tidak stabil.

"Kita juga telah memaklumkan pekara ini kepada ibu pejabat JKR dan pelan laluan (sementara) telah dibuat.

"Kita cuba yang terbaik dalam tempoh beberapa hari ini untuk membaiki jalan itu dengan peruntukan kecemasan yang dikemukakan," katanya.

Beliau berkata, selain Kilometer 77 Jalan Trans Borneo, terdapat dua lagi kawasan yang berlaku mendapan tanah iaitu di Kampung Sadir dan Jalan Slampit, namun keadaannya tidak serius.-Utusan
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment