Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

19 Dec 2011

Messi memukau, Barca Juara Piala Kelab Dunia


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
YOKOHAMA - Lionel Messi menjaringkan dua gol untuk membantu juara Eropah, Barcelona menumpaskan wakil Amerika Selatan, Santos 4-0 dalam perlawanan akhir Piala Kelab Dunia , semalam.

Pemain antarabangsa Argentina itu meletakkan kelab gergasi Sepanyol itu di depan hasil sepakan lambung menarik pada minit ke-17 sebelum Xavi menambah gol kedua tujuh minit kemudian dalam perlawanan di Yakohama.


Cesc Fabregas muncul penjaring gol ketiga Barca sebelum perlawanan separuh masa pertama berakhir ketika kelab bimbingan Pep Guardiola terus garang apabila perlawanan bersambung.

Messi menjadikan kedudukan 4-0 lapan minit sebelum perlawanan tamat selepas bijak menyempurnakan hantaran Dani Alves dan memperdayakan penjaga gol Santos, Rafael Cabral.

"Ia dilihat memang mudah tetapi sebenarnya tidak. Jaringan awal menyebabkan ia sangat mudah buat kami," kata ketua pasukan Barca, Carles Puyol selepas pasukannya mencipta sejarah muncul juara kejohanan tersebut dua kali berturut-turut.


Puyol memberikan kemenangan tersebut kepada penyerang Sepanyol, David Villa akibat mengalami kecederaan patah kaki ketika saingan separuh akhir apabila Barca menang 4-0 ke atas kelab Qatar, Al Sadd.

"Adalah sangat mustahil untuk menghalang Barcelona. Mereka adalah pasukan terbaik di dunia dengan memiliki pemain yang hebat tetapi kami adalah pasukan kedua terbaik di dunia. Ia satu penghormatan tinggi buat kami," kata penyerang sensasi Brazil, Neymar. - REUTERS
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment